TA'ARUF BERSAMA UMI

Sayang Anak-anak Ummi...

Wednesday, June 29, 2011

Terkenang Hari-Hari Terakhir Bersamanya

Assalamualaikum,bismillahirahmanirrahim...




   Pilu dihati masih terasa.Bukan calang-calang terasanya tapi seperti hilang duit berjuta-juta sebab kena rompak dengan penyamun.Masih jelas lagi hari-hari terakhir aku atukku dan masih jelas juga bagaimana orang ramai membaca yassin,memandikannya,mengkafankannya,menciumnya,mengusungnye keluar dari rumah buat selama-lamanya dan dipindah ke 'rumah baru',dan menanamnya.Bila diingatkan kembali rasa seperti tidak percaya dan hatiku terus tertanya-tanya dan tanya :

"Benarkah apa yang aku lihat tempoh hari ? Benarkah dia sudah tinggalkan aku buat selama-lamanya?"

Soalan itu terus menghantui diri ini.Dari manakah aku mahu mendapatkan jawapannya padahal aku rasa aku sudah mengetahui jawapannya.ya Allah ! sungguh kau sedah menguji aku !.

   Setiap kali aku melihat gambar arwah serta-merta aku hari-hari terakhir aku bersamanya.Sebulan yang lalu adalah kali terakhir aku melihatnya masih bernafas walaupun hanya terlantar diatas katil.Sebulan yang lalu juga kali terakhir aku melihat dia cemburu akan isterinya (opahku).Masih romantis walaupun sedang sakit.Cemburunya juga membuktikan pada aku bahawa kehangatan cinta mereka masih terasa dan mencintai antara satu sama lain sekali gus membuktikan bahawa kaum Adam lebih mudah cemburu berbanding kaum Hawa.Sebulan yang lalu juga adalah kali terakhir aku mencium dahinya dengan penuh kasih sayang dalam keadaan masih bernyawa.

   Sampai disini sahaja yang dapat aku ceritakan kisah duka ini.Makin lama bercerita makin deras air mata ini mengalir seperti air terjun.Kenangan manis bersamanya tidak pernah lekang begitu juga dengan kenangan pahit.Doaku semoga arwah berada bersama-sama dengan hamba-hamba Allah yang beriman dan semoga segala kenangan bersamanya terus bermain didalam mindaku...

Al-Fatihah buat Haji Baharuddin bin Kassim.

Sekian,wassalam

   

No comments:

Post a Comment