TA'ARUF BERSAMA UMI

Sayang Anak-anak Ummi...

Thursday, June 2, 2011

3) Demi Allah Aku Bukan Milikmu

   Cinta tanpa ikatan yang sah memang banyak mengundang kesengsaraan.Mengapakah kesengsaraan itu perlu hadir dalam hidup seseorang? Kesengsaraan itu hadir berpunca dari diri mereka sendiri.Setelah cinta bersemi lalu terbitlah nafsu yang boleh merosakkan maruah dan iman seseorang kemudian tersebarlah luas gejala tersebut sehingga benih yang baru tumbuh telah digugurkan walaupun Allah belum berikan roh pada benih itu.MasyaAllah !Sesungguhnya benih itu tidak bersalah! tetapi kita yang melakukannya yang berdosa.

   Wahai sahabat-sahabatku yang telah terlanjur walaupun aksi ringgin ingatlah wahai teman sesungguhnya lebih baik engkau sentuh anjing daripada menyentuh kulit manusia kerana jikalau engkau menyentuh kulit anjing najisnya masih boleh dibersih dan disucikan tetapi jikalau engkau menyentuh kulit manusia dosa akan bertambah dan dosa itu tidak boleh dibersihkan.MasyaAllah !

 

No comments:

Post a Comment