TA'ARUF BERSAMA UMI

Sayang Anak-anak Ummi...

Wednesday, June 29, 2011

Wanita Dalam Pandangan Rasulullah s.a.w

˙•٠•●❤ WANITA DALAM PANDANGAN RASULLULLAH S.A.W ❤●•٠•˙

Rasullullah s.a.w bersabda :

✿ " Tiada aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki daripada (fitnah) wanita. "

✿ " Dunia merupakan harta benda, dan harta benda yang paling baik ialah wanita yang solehah. Jika dipandang, ia menyenangkannya, jika disuruh ia taat, jika ditinggalkannya pergi ia menjaga kehormatan dirinya dan harta suaminya. "

✿ " Kahwinilah wanita yang mencinta kamu dan mampu beranak (subur), kerana aku akan membanggakan kamu sebagai umat terbanyak pada hari kiamat. "

Terkenang Hari-Hari Terakhir Bersamanya

Assalamualaikum,bismillahirahmanirrahim...




   Pilu dihati masih terasa.Bukan calang-calang terasanya tapi seperti hilang duit berjuta-juta sebab kena rompak dengan penyamun.Masih jelas lagi hari-hari terakhir aku atukku dan masih jelas juga bagaimana orang ramai membaca yassin,memandikannya,mengkafankannya,menciumnya,mengusungnye keluar dari rumah buat selama-lamanya dan dipindah ke 'rumah baru',dan menanamnya.Bila diingatkan kembali rasa seperti tidak percaya dan hatiku terus tertanya-tanya dan tanya :

"Benarkah apa yang aku lihat tempoh hari ? Benarkah dia sudah tinggalkan aku buat selama-lamanya?"

Soalan itu terus menghantui diri ini.Dari manakah aku mahu mendapatkan jawapannya padahal aku rasa aku sudah mengetahui jawapannya.ya Allah ! sungguh kau sedah menguji aku !.

   Setiap kali aku melihat gambar arwah serta-merta aku hari-hari terakhir aku bersamanya.Sebulan yang lalu adalah kali terakhir aku melihatnya masih bernafas walaupun hanya terlantar diatas katil.Sebulan yang lalu juga kali terakhir aku melihat dia cemburu akan isterinya (opahku).Masih romantis walaupun sedang sakit.Cemburunya juga membuktikan pada aku bahawa kehangatan cinta mereka masih terasa dan mencintai antara satu sama lain sekali gus membuktikan bahawa kaum Adam lebih mudah cemburu berbanding kaum Hawa.Sebulan yang lalu juga adalah kali terakhir aku mencium dahinya dengan penuh kasih sayang dalam keadaan masih bernyawa.

   Sampai disini sahaja yang dapat aku ceritakan kisah duka ini.Makin lama bercerita makin deras air mata ini mengalir seperti air terjun.Kenangan manis bersamanya tidak pernah lekang begitu juga dengan kenangan pahit.Doaku semoga arwah berada bersama-sama dengan hamba-hamba Allah yang beriman dan semoga segala kenangan bersamanya terus bermain didalam mindaku...

Al-Fatihah buat Haji Baharuddin bin Kassim.

Sekian,wassalam

   

Monday, June 27, 2011

Pergilah...Allah Sudah Menjemputmu

Assalamualaikum.Bismillahirrahmanirahim...



   Disebuah pagi yang nan indah dengan udara yang segar,air yang sejuk dan burung-burung yang berkicauan dilangit.Ku sangka hari itu sekali lagi akan menjadi hari yang paling indah dalam hidupku tetapi sangkaanku meleset apabila menerima panggilan daripada Pak Long ku mengatakan bahawa atukku sudah selamat menghembuskan nafas yang terakhir dan pergi buat selama-lamanya.Ketika mendapat panggilan itu ibu aku yang menjawab panggilan tersebut.

   Saat mendengar berita itu butir-butir jernih mula mengalir perlahan dipipi ibu dan aku pula terpaku buat seketika seakan-akan terpukau dan serta-merta diingatkan kembali memori-memori lama bersama bersamanya.Entah mengapa saat mengenangkan kembali memori lama aku terasa seperti hendak pengsan.Kaki dan tanganku bergetar jantungku pula berdegup kencang.

Disambung ke entry yang seterusnya...

Monday, June 20, 2011

Saat Terbit Cinta

Assalamualaikum,Bismillahirahmanirrahim.


   Aku tahu bahawa perasaan sayang itu adalah lumrah kehidupan.Tetapi aku tidak lagi sanggup untuk menangung siksa ini.Tetapi demi agamaku aku terus bangun dan gagah untuk meneruskan kehidupan demi memdapatkan tempat yang selayaknya.

   Fikiranku tidak tentu hala dan aku terfikir adakah perasaan ini hanya sementara ? dalam pada masa yang sama juga aku terfikir bahawa dia yang selama ini aku kenali sejak dari bangku sekolah rendah dan telah dianggap kawan tiba-tiba hadir didalam diri ini membawa sinar bahagia dan meraih cintaku walaupun dia tahu yang aku amat membenci dirinya.

   Tetapi yang aku amat hairannya ialah sejak bilanya hadir perasaan sayang dalam diri ini untuk si dia ? aku terus diam diam dan diam kan perasaan ini kerana aku tidak mahu dikecewakan.Biarlah aku mencintainya dengan sekadar yang mampu kerana mungkin suatu hari nanti dia akan hancurkan sekeping hati yang suci ini dan menjadi kebencian ku.



   Aku sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi hidayah dan ditabahkan hati ini untuk melalui hari-hari yang akan dipenuhi dengan mawar yang sentiasa berduri.Biarlah aku pendamkan perasaan ini bahawasanya aku amat mencintainya kerana aku tahu Allah telah tetapkan aku dengan yang lebih baik daripada si dia pengarang jantung hatiku.

   Dalam diam aku mencintaimu,dalam bayang aku terlihat wajahmu dengan senyuman yang manis.Jikalau kau bukan untukku aku berharap agar kita bisa berkawan selamanya.Manisnya ukhuwah itu bila hadirnya cinta seorang sahabat.Sesungguhnya setiap pertemua pasti ada perpisahan.
   

Friday, June 17, 2011

Peringatan Buat Suami Jika Isterimu Menangis

Assalamualaikum semua,apa khabar ? Sihat ? Kalau tak sihat jom Wani temankan makan ubat...hehehehe...



Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.


p/s: salam.. hehe.. ak terjumpa mende ni dlm FB so ak nak share jer.. ak xtau sape penulis sebenar ayat2 di atas ni sbb org yg post mende ni pn xtau dari mana dia dapat.. huhu... kalu la pemilik ayat2 ni terview blog ak, mintak halalkn ek.. heheeh~

Monday, June 13, 2011

Al-Quran itu Lebih Indah Daripada Ayat dalam Message

Assalamualaikum semua,apa khabar ? Sihat ?


   Kawan-kawan semua nampak tak gambar kat atas ? al-Quran kan ? jujurlah Wani nak tanya sehari berapa kali korang membaca,menghafal dan menghayati al-Quran ni ? kepada yang selalu bukak kitab tu alhamdulillah la walaupun sehari satu helai muka surat dapat gak pahala, ye dak? 

   Tadi Wani ada emergance yang terpaksa call kawan-kawan pastu bagi message la apa la (padahal hal kecik tpi panik la katakan) tengah Wani dengan kawan Wani dok balas-balas mesej tetiba dia menghantar satu mesej ni and Wani rasa difoward kot.Bunyinya macam ni ... Wani bagi setengah je la...hehehe

"DEMI MASA ! Kenapa baca mesej boleh setiap masa boleh tapi baca al-quran kadang-kadang? atau dengan kata lain tidak pernah?"

lepas Wani baca mesej tu Wani rasa macam tersentap la.Tapi Wani ni bukannya seorang yang suka mesej dengan kawan-kawan sebab menyusahkan, ye dok ? Lainlah kalau call..hehehe...itu terpulang la pada korang nak caya ke tanak.

   Berdasar kan petikan tadi Wani pun mulalah buat pemerhatian terhadap rakan-rakan yang sebaya dengan Wani.Ye, memang benar mereka lebih rajin baca mesej yang "mengoda" dan tak ada berkat daripada membaca al-Quran yang memberi pahala.Bagi mereka baca and reply mesej ni lebih baik daripada membaca al-Quran yang bila baca je rasa ngantuklah apa lah.

  Tetapi tidakkah mereka sedar bawa baca dan reply mesej tu hanya mengundang dosa daripada menbaca al-Quran yang memberi pahala dan syafaat kepada kita diakhirat kelak.Pada mereka yang terpesong akidahnya mesej tak berguna itulah yang memayungi mereka daripada matahari yang seolah-olah berada sejengkal dia atas kepala kita.Kenapalah sempit sangat fikiran mereka?padahal masa sekolah rendah dulu mak ayah hantar gi sekolah agama plak.tapi tak tau la ada yang tak prgi ke sekolah agama.

   sekian itu sahaja...wassalam

Sunday, June 5, 2011

Hidungku Sakit Sebelah

Assalamualaikum semua,apa khabar ? Sihat ?




   Ok, korang nampak tak gambar diatas tu ? Orang tu tengah sakit hidung kan ? Ya, itulah yang sedang terjadi pada diri Wani.Aduh ! sakitnya !...effectnya sampai kena kat mata dan kepala.Effect kat mata, sakit mata effect kat kepala pula sakit kepala.Ya Allah ! Cobaan.Sabo jelah ye.huhuhuhu :(
   Esok nak balik rumah opah.wuhoooo ! tak sabak la pula rasanya.hehehe.Lagi pun kat rumah bosan asyik ngadap facebook dengan blog pastu folio nya entah kemana pastu asyik makan je.Dulu time sekolah taknak pula makan.ahh lantaklah kan.hehehehehe

   Yang takleh blahnya, masa tengah minum petang tadi adik Wani bawa motor ibu pusing-pusing depan rumah je pastu tetiba dia suruh Wani belajar bawa motor.Ayah pula dengar lagilah dia galakkan anak dara dia sorang ni belajar bawa motor dan mulalah tazkirah-tazkirah yang tak masuk dalam subjek Agama PMR.hahahaha.Wani bukan taknak belajar bawa motor sebenarnya Wani nak sangat tapi Wani takut sebab dah 2 kali nampak orang naik motor eccident depan mata itu yang takut tu.Yang lagi takleh blahnya ialah ayah kata 

"Hazwani, kalau kamu nak belajar bawa motor ayah sanggup keluarkan duit beli motor lagi"

Makaihhh ! terharu kemain lagi bila dengar ayah kata sanggup nak keluarkan duit untuk beli motor baru tapi kat rumah tu dah ada 2motor dah.Wani bukan nak hampakan ayah just tak bersedia and masih takut-takut.Yelah, Wani ni perempuan takde keyakinan yang hebak macam lelaki.hurmmm :( so sad

   Oklah, nak tidur lah...hidung dah sakit bukan main lagi...Assalamualaikum


Friday, June 3, 2011

Bila Hatiku Berbicara


Apakah yang istimewa didalam diri ini ?
Apakah yang luar biasa didalam diri ini ?
Daripada sudut manakah kau nilai diri ini ?
Adakah sudut luaran atau dalaman ?
Atau kedua-duanya sekali ?

Teman, sedarilah bahawa aku tidak pernah mencintai dirimu melebihi Nya.
Aku mencintaimu hanya sekadar yang mampu kerana aku takut jikalau akau terlalu mencintaimu,
Cinta itu akan menjadi kebencianku tetapi itu tidaklah bermaksud yang aku tidak bisa mencintaimu,
Tetapi hanya mencintaimu sekadar yang mampu sahaja.

Tetapi, janganlah kau sedih tatkala membaca utusan ini kerana jikalau kita tidak bisa bertahan lama kita masih lagi bisa menjadi sahabat sejati, bukan ?
Walaupun engkau dan aku saling mencintai tetapi aku tidak mengakuinya ketahuilah bahawa aku akan pendamkan perasaan ini sehingga akhir hembusan nafasku.
Biarlah hanya Allah dan diri ini yang mengetahui betapa aku cinta padamu dan lafaz cintaku hanya akan terlafaz tatkala aku selesai diijab dan kabulkan dengan jodohku yang Allah berikan.

Walaupun kita sudah tidak lagi bersama,
Aku sentiasa memohon pada Allah agar ukhuwah yang terbina terus berkekalan hingga keakhirnya...
Semoga kita dirahmati Allah...

Bicara Permata Yang Dicari...

Thursday, June 2, 2011

3) Demi Allah Aku Bukan Milikmu

   Cinta tanpa ikatan yang sah memang banyak mengundang kesengsaraan.Mengapakah kesengsaraan itu perlu hadir dalam hidup seseorang? Kesengsaraan itu hadir berpunca dari diri mereka sendiri.Setelah cinta bersemi lalu terbitlah nafsu yang boleh merosakkan maruah dan iman seseorang kemudian tersebarlah luas gejala tersebut sehingga benih yang baru tumbuh telah digugurkan walaupun Allah belum berikan roh pada benih itu.MasyaAllah !Sesungguhnya benih itu tidak bersalah! tetapi kita yang melakukannya yang berdosa.

   Wahai sahabat-sahabatku yang telah terlanjur walaupun aksi ringgin ingatlah wahai teman sesungguhnya lebih baik engkau sentuh anjing daripada menyentuh kulit manusia kerana jikalau engkau menyentuh kulit anjing najisnya masih boleh dibersih dan disucikan tetapi jikalau engkau menyentuh kulit manusia dosa akan bertambah dan dosa itu tidak boleh dibersihkan.MasyaAllah !

 

2) Demi Allah Aku Bukan Milikmu

Jikalau aku mencintaimu, apakah yang bisa kau berikan pada diri ini ? Adakah kau bisa berikan aku seluruh hartamu? Adakah kau bisa berikan seluruh cintamu? Adakah kau bisa berikan seluruh hidupmu padaku?
 
   Tidak, tidak! kau tidak bisa memberikan semua itu tetapi engkau hanya bisa meminta pada yang Satu dan Dialah yang memberikan segala-galanya.

   Cinta tidak perlu dipaksa begitu juga dengan diri ini yang tidak suka dan terpaksa untuk melakukan sesuatu tetapi diri ini ingin melakukan sesuatu dengan ikhlas.

   Memang benar hidup memerlukan cinta tetapi bukan cinta daripada manusia tetapi cinta yang mahal dan tidak perlu dibeli dengan wang ringgit iaitu cinta dari Allah Yang Maha Agung!

   Cinta dari Allah adalah cinta yang selalu aku dambakan walaupun aku mencintaimu sekalipun, Ingatlah ! bahawa aku mencintaimu kerana Allah dan bukan kerana nafsu.

1) Demi Allah Aku Bukan Milikmu

Sering kali aku mengingati rakan-rakan bahawa ber"couple" itu haram, tapi nafsu diri ini selalu memaksa diri ini untuk melakukannya.Alhamdulillah, aku masih lagi dapat menahan nafsu itu sehinggalah ke detik ini.Tetapi sampai bila ? Adakah aku dapat melawan nafsu itu ? YA ! mesti boleh ! dengan berbekalkan iman yang teguh insyaAllah aku dapat melawan nafsu tersebut dan Allah itu sentiasa bersama dengan orang yang banyak bersabar.

Wednesday, June 1, 2011

As Salam @ Salam @ Akum


AS SALAM semua... kat sini aku ade something nak konsikan bersama korang.. aku baru je dapat email ni tadi... so baik aku copy paste je dekat sini.....


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk).
 (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Saya, dari Rahim Seorang Perempuan Juga







Perempuan. Tahukah kamu bahawa kamu itu sangat mahal?Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.Percaya? Saya bukan nak main gula-gula di sini. Tetapi saya serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunai ini adalah perempuan.Mengapa?Jika yang lelaki bertanya, saya mungkin memahami. Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka saya kehairanan.Apakah kamu tidak tahu megapa saya sayangi kamu? Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?Aku dari rahim seorang perempuanKalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu melainkan Nabi Adam AS. Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksmana, tentera, pegawai, jurutera, doktordoktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan.

Saya, dari rahim seorang perempuan juga.

Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa. Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka. Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil.

Mengapa pula saya tidak menyayangi perempuan? Mengapa pula saya tidak mengambil berat terhadap mereka? Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan!Sekiranya saya membiarkan perempuan rosak, dirosakkan, merosakkan diri mereka, maka sama sahaja dengan saya membiarkan masa hadapan dunia hancur, gelap, kelam dan hitam.Jangan lupa, dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka, penjenayah, perogol, pencuri, yang ingkar kepada Allah, pembohong, dan banyak lagi manusia-manusia yang mencorakkan dunia dengan kehitaman. Hatta Ariel Sharon juga lahir dari perut seorang perempuan.Sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia selama 9 bulan 9 hari ini rosak, di mana masa hadapan dunia?Mustahil saya tidak menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan yang saya inginkan, melainkan perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka daripada perkara yang Allah larang dan murka.Perempuan sayap kirikuSaya hendak berkahwin dengan siapa? Mustahil dengan lelaki. Baik macam mana pun saya dengan Hafiz Zainol Abidin, Tengku Fahmi, mustahil saya akan berkahwin dengan mereka.Saya akan berkahwin dengan seorang perempuan.Mustahil saya tidak menyayangi kaum ini. Yang menjadi isteri-isteri dan pendamping kepada lelaki. Yang menjadi pengawal kepada segala rahsia seorang lelaki. Yang menjadi guru kepada anak-anak seorang lelaki. Yang menjadi penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki.Kestabilan seorang perempuan, menjamin kestabilan seorang lelaki.“Apabila enta bangun tidur dan melihat isteri enta di sebelah, enta akan merasakan keajaiban penciptaan Allah SWT” ~ Pakcik Rosdi. Dan dia berkata dalam keadaan tersenyum. Hidupnya bahagia dengan ketenangan isterinya: Cikgu Maimunah binti Hashim.Maka mustahil saya hendak membiarkan perempuan rosak, dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri. Kerana mereka adalah penjaga-penjaga lelaki di satu sisi. Suami-suami memerlukan isteri-isteri yang solehah, yang baik, yang taat kepada Allah dalam rangka hendak membangunkan ummah. Tidak dinafikan isteri-isteri juga memerlukan suami-suami yang baik. Tetapi bukan sedikit lelaki yang berubah kerana cinta seorang perempuan. Maka mengapa perempuan tidak mempersiapkan diri mereka lebih sedikit untuk mengubah seorang lelaki dengan cinta?MasyaAllah.Saya amat menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan saya melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri. Menjaga diri dari kerosakan. Menjaga diri dari kemungkaran. Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat. Buat apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang.Maka amat menyedihkan saya jika…Bila sayang, akan datang ambil berat. Semestinya demikian. Saya amat hairan kalau seseorang itu menyatakan sayang kepada si fulan: “Aku sayang sangat dengan kau” kemudian dia melemparkan si fulan itu ke dalam api. Mustahil itu adalah sayang.Maka kerana sayang itu jugalah saya akan terluka apabila melihat perempuan-perempuan berkeliaran tanpa menutup aurat. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercedera apabila melihat ada perempuan-perempuan tidak menjaga maruah mereka dan berpeleseran dengan lelaki tanpa segan silu. Kerana sayang itu jugalah saya akan terasa apabila melihat perempuan-perempuan menayangkan akhlak buruk mereka. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercucuk dengan perempuan yang tiada rasa malu pada diri mereka.Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia. Mereka bakal ibu dan isteri. Ibu kepada anak dan isteri kepada suami. Nyatakan kepada saya bagaimana mereka ini tidak memberikan kesan kepada dunia? Semestinya mereka ini memberikan kesan. Dan kesan yang diberikan oleh kamu wahai perempuan, bukannya sedikit bahkan besar.Sudah wujud di dalam sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan. Sudah wujud di dalam sejarah, abid hebat jatuh kerana seorang perempuan.Sebab itu saya sangat menyayangi perempuan dan sering memikirkan mereka.Apakah perempuan-perempuan memikirkan diri mereka sendiri?Penutup: Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Tetapi…Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Bukan tujuan saya menulis artikel ini untuk disayangi perempuan. Tetapi tujuan saya menulis artikel ini untuk perempuan menyayangi diri mereka sendiri.Maksud sayang pada saya adalah = Hendak masuk syurga bersamanya.Maka kalau tak nak masuk syurga dengan saya, at least kamu kena lah rasa hendak masuk syurga dengan diri kamu wahai perempuan. Maka jagalah diri, persiapkan peribadi. Kamu pemegang masa hadapan dunia. Dan tiada yang memberikan kesan lebih besar terhadap dunia selain kamu wahai perempuan.Kalaulah kamu tahu betapa sejuknya mata ini melihat perempuan-perempuan yang berakhlak. Kalaulah kamu tahu betapa senangnya jiwa ini melihat perempuan-perempuan yang pemalu. Kalaulah kamu tahu betapa seronoknya kalbu ini melihat perempuan-perempuan yang menutup aurat. Kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini melihat perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan.Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga?Maka jangan murahkan.Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan.Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.Sungguh, saya merayu di sini. Agar kamu mencintai diri sendiri


Dirakam,Ingat !

Pernah Kita Menyadari Bahwa Perjalanan Hidup Ini Segalanya Terekam Dalam Berbagai Macam Kamera Yang Mendokumentasikannya.
Dan Film Ini Akan Di Putar Secara Perdana Dan Di Saksikan Oleh Ber-milyar2 Manusia Dan Jin Di Sebuah Lapangan Yang Sangat Luas Dengan Sound System Yang Amat Sangat Canggih Dari Yang Pernah Kita Ketahui..
Sadarkah Kita Bahwa Saat Kita Berdusta Akan Di Ketahui Seluruh Mahluk Kelak Serta Saat Kita Berkhianat Pada Kepercayaan Yang Kita Dapatkan..
Apakah Kita Membantu Saudari Kita Yang Tak Berdaya Saat Dia Sangat Mengharapkan Bantuan, Tentunya Sebelum Membantunya Pasti Ada Sebuah Keinginan Dalam Diri Dengan Mengharapkan Imbalan ,Baik Berupa Hutang Budi Ataupun Yang Lebih Nista Lagi Adalah Mengharapkan Dapat Menidurinya Baik Dengan Suka Rela (Zina) Ataupun Dengan Cara Memaksa (Dzalim) Pantaskah Seseorang Yang Di Anggap Sebagai Saudara Sampai Melakukan Perbuatan Sebejat Itu..
Akan Tetapi Sangat Pantaslah Bila Coba Memahami Mengapa Ini Semua Dapat Terjadi..
Menurut Ana Karena Rendahnya Pemahaman Kita Akan Ajaran Agama Serta Betapa Seringnya Kita Di Suguhi Dengan Tontonan Serta Bacaan Yang Menggambarkan Gaya Hidup Yang Hedonis (PEMUJA KESESATAN NAFSU), Sehingga Kita Lupa Akan Sejatinya Diri Kita.
Begitu Juga Saat Kita Berjanji Betapa Sering Kita Mengingkarinya Bahkan Sampai Berjanji Dengan Nama Sang Pencipta Yang Agung, Namun Hal Itu Belum Seberapa Sampai2 Berani Bersumpah Palsu Dengan Menggunakan Nama Sang Pemilik Alam Raya..
Dan Pernahkah Kita Dapat Menerima Kembali Seorang Mantan Narapidana Ke Dalam Komunitas Tempat Tinggal Kita Se-akan2 Kehadiran Mereka Akan Membawa Keburukan Bagi Diri Kita Dan Kita Lebih Mulia Dan Suci Di Banding Mereka..
Inilah Yang Menjadi Penyebab Betapa Banyaknya Mantan Narapidana Yang Kembali Pada Kehidupan Masa Lalunya Sebagai Bandit, Bromocorah, Gali Atau Apapun Itu.
Sungguh Ironi Ana Melihat Hal Ini..
Batasan Aurat Antara Wanita Merdeka Dan Budak Sahaya Wanita Dalam Syariah ISLAM Di Buat Samar2 Bahkan Di Putar Balikan.

WANITA MERDEKA:
* Seluruh Tubuhnya Adalah Aurat (Kecuali Telapak Tangan Dan Wajah Menurut Fatwa Ulama).
* Menutupi Seluruh Tubuhnya Dengan Busana Yang Longgar Sehingga Tidak Membentuk Bentuk Tubuhnya.
* Menjaga Pandangan Serta Pergaulannya.
* Di Posisikan Sebagai Permata Yang Amat Sangat Mahal Dan Di Jaga Dengan Pengamanan Extra Super Ketat Agar Tidak Ternoda Dan Rusak Atau Cacat.

BUDAK WANITA SAHAYA:

* Batas Auratnya Seperti Pria Secara Umum..
* Mengikuti Kehendak Tuannya..
* Menjadi Komoditi Dan Pemanis Serta Penarik Dalam Perdagangan Di Segala Bidang..
* Sebagai Tempat Pelampiasan Syahwat Tuannnya Atau Siapapun Yang Membayar Pada Tuannya..

Semoga ALLAH AR-RAHMAN Melindungi Kita Semua Dari Segala Hal Yang Membawa Keburukan Dalam Kehidupan Ini.
Sehingga Pada Saat Di Tayangkan Film Perdana Kita Nanti Masing2, ALLAH AR-RAHIM Akan Mensensor Bagian2 Yang Sangat Kita Tidak Inginkan Di Tayangkan Serta Mendapatkan Anugerah Piala Citra Muslim Sejati Yang Akan Duduk Damai Dalam Syurga Serta Bertemu Dengan Sang Mahaguru Cinta Rasulullah Muhammad SSAW Dan Bertatapan Langsung Dengan Sang Maha Indah Dan Sempurna ALLAH AL MALIKUL HAQQUL MUBIYN..