TA'ARUF BERSAMA UMI

Sayang Anak-anak Ummi...

Thursday, August 25, 2011

Hampir Ke Penghujung



Assalamualaikum semua.Apa khabar ?Sihat ke ? Entry kali ni Wani nak kongsilah serba sikit perasaan Wani apabila dah berada dipenghujung ramadhan tahun ini.Bagi setiap manusia yang bergelar muslim pasti pada saat ini mereka berlumba-lumba memohon kepada Allah s.w.t supaya ditemukan dengan malam Lailatulqhadar iaitu malam yang Allah turunkan al-Quran kepada Utusan terakhirNya iaitu Muhammad dan malam yang lebih baik dari seribu bulan.MasyaAllah.Jadi, anda tidak mahu turut sertakah bersama-sama dengan umat Islam yang lain dalam kembara mencari Lailatulqhadar?...fikir-fikirkanlah....

Bila dah berada dihujung-hujung ramadhan ni biasanya ramai keluarga yang tengah sibuk untuk buat persiapan beraya contohnya seperti beli baju kurung/baju melayu,buat/beli biskut raya,bayar zakat dan macam-macam lagi.Tak ketinggalan juga keluarga Wani yang sibuk membuat persiapan raya.Macam-macam diorang buat itulah buat inilah.Allah pening kepala nengoknye.Biasalah tu dah nak dekat-dekat raya ni kan mesti semua sibuk buat persiapan so biarlah mereke.

Tatkala seluruh umat Islam sedang sibuk membuat kuih raya,menjahit baju ada juga yang tengah bersedih hati kerana ramadhan bakal mengundurkan diri kerana mahu memberi laluan kepada Syawal yang bakal menjelma.Wani pun begitu rasa macam tak percaya hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk berpuasa.Rasa macam sekejap sangat ramadhan tahun ni dan Wani rasa macam baru masuk minggu kedua ramadhan.MasyaAllah, kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun yang sebelum ni memang sampai ada yang separuh mati nak kerjakan ibadah puasa tapi tahun ini rasa macam mimpi sebab terlalu sekejap.Alhamdulillah, nikmat Allah tu sentiasa ada...

Minggu yang lalu Wani sekeluarga telah menghabiskan masa selama 2hari di rumah Opah di Bagan Datoh,Perak.Kepulangan kali ni Wani sambut dengan hati yang sayu kerana wajah yang Wani selalu nantikan sudah hilang buat selama-lamanya.Atok Wani dah selesaikan amanahnya di dunia dan sekarang dia telah menghadap Penciptanya Yang Maha Agung untuk dipersembahkan segala amalan semasa hayatnya.Apa yang Wani boleh buat sekarang hanyalah redha dan berdoa semoga Allah menempatkan arwah dikalangan para syuhada yang lain, Aminnnnn.Al-Fatihah....

Tapi bila difikirkan semula ada yang lebih merana & tersiksa daripada Wani.Ada yang dah nak dekat raya kena bunuhlah,kemalanganlah,rumah terbakar dan macam-macam lagi.Tapi kalau rumah terbakar lagilah kesian sebab mereka dah bertungkus lumus bekerja keras untuk mencari rezeki untuk menyambut ketibaan Syawal.Jadi kita yang keperluan dah ada didepan mata jangan sia-siakan sebaliknya kita hargai sesuatu itu walaupun tak seberapa.

Akhir kata Wani ingin mengucapkan selamat menyambut aidilfitri.Semoga aidilfitri kali ini memberi kita seribu dalam 1 iktibar dan kemanisan sebagai pedoman hidup.Dan Wani berdoa agar Wani dan kalian semua dapat bertemu dengan ramadhan pada tahun akan datang.Amin ya Rabb........

Wassalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatu...<3




Friday, August 19, 2011

Selalu Ada

Selalu Ada ~ Aiman ft Heliza


Dari dulu,
tanpa jemu hanya satu,
dalam rindu...

Hari-hari kumenanti,
dengan erti mengasihi...

Henur waktu yang berliku,
masih mahu bersamamu...

Memahami,mengenali,
tiada lagi menyendiri...

Kau selalu ada,tika gelisah,
kau beri senyuman,bila kuresah,
kau janji setia,setiap kisah,
hingga berjauhan,tetap diwajah...

Dan...terindah...

Seringkali takkan pergi,
silih ganti,teman ini...

Mula temu,malu mahu...
musim lalu,kita pilu...

Percayai tak mungkiri...
demi suci tulus hati...

Sinar bayu,menyisir sayu...
kepadamu,diriku...

Terima apa saja bezanya semua kita...
kebenaran kejujuran...

Kau selalu ada
selalu ada...woo...ada kita...


Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan Banyak Memberi Pengajaran Dalam Diri Ini

Assalamualaikum,bismillahirrahmanirahim...


Allahamdulillah, syukur kehadrat-Nya atas nikmat yang tak terkira.Sedar tak sedar hari ini dah masuk hari ke-16 ramadhan.Tatkala kita sibuk mencari rezeki demi sesuap nasi ada juga manusia yang meninggalkan satu-satunya ibadah yang menjadi bekalan kita di akhirat dengan alasan "aku puasa la hari ni.Tak larat nak pergi masjid".MasyaAllah, kalau begitulah gayanya apa guna kita berpuasa kalau solat ditinggalkan sedangkan fakir miskin dan pengemis yang bersahur dengan air mineral boleh je sampai ke masjid tanpa alasan atau halangan.

Selama 16 ramadhan ini pelbagai kisah suka & duka ku lalui.Antaranya terpaksa menadah telinga mendengar rintihan nenek yang menahan kesakitan.Kadang-kadang risau juga dibuatnya.Dalam bulan ramadhan kali ini ada satu perkara yang masih belum berkesempatan untuk saya sekeluarga lakukan iaitu pulang ke rumah opah.Saya akui amat merindui opah,onyang, dan nenek.

Tapi...kadang-kadang saya rasa tak bersedia untuk pulang ke sana sebab tatkala pulang ke kampung hati ini diruntum dengan perasaan sayu dan pilu kerana ini merupakan ramadhan pertama kami sekeluarga lakukan tanpa kehadiran atuk yang tercinta setelah dia pergi menghadap Pencipta seluruh alam terlebih dahulu.Allahuakbar, hanya Allah saja yang tahu betapa peritnya hati ini untuk menerima hakikat tersebut.Jauh disudut hati rasa macam tak adil tapi sudah takdirnya begitu sejak azali lagi kita yang hidup ni kenalah redha dan teruskan kehidupan.

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua





Thursday, August 4, 2011

Ular Sawa

Assalamualaikum,bismillahirrahmanirahim...



    Pertama kali dalam sejarah hidup keluarga Wani nampak ular sawa "LIVE" punya.Ular sawa yang Wani nampak ni bukan plastik ye tapi ORIginal punya orang kata "Terbaik Dari Ladang" hahahaha.Serius Wani kata ni la pertama kali nampak ular sawa.Memang besar betul dah macam badan adik lelaki Wani je.hehehe.Terkejut juga bila nampak ular sawa ni dan nasib baik tak masuk rumah just kat reban ayam ayah je tu pun nasib jugak sebab ayam ayah tak kena telan kalau tak meranalah dia.hehehe.Al maklumlah dah lama bela tetiba kena makan dengan ular sawa mestilah rasa hampa lagipun rumah Wani memang depan,belakang,kiri,kanan ada semak sebab tu la ular sawa tu jumpa rumah Wani.hehehe (masih cuak!,tangan mengeletar dari tadi tak ngenti-ngenti lagi)

Ceritanya begini :-

1) 10.00 malam : Ayah baru pulang dari surau selepas selesai solat terawih berjemaah dan rehat sebentar.Ayah masuk bilik adik(Izzati) untuk pasang penghawa dingin.Kemudian telefon ayah berbunyi kat dapur Wani pun ambil telefon dan terus bagi pada ayah yang sedang khusyuk menonton tv lalu ayah pun baca mesej yang masuk.Lepastu ayah telefon kawannya (tak tahu apa yang dibincangkan).

2)10.30 malam : Ayah masuk bilik dan bersiap-siap untuk keluar.Ayah kata nak pergi isi minyak motor ibu dan menyuruh Wani untuk menunggunya pulang.Jadi Wani pun tunggulah selama 30 minit (tak lama pong).Kebiasaannya kalau ayah keluar malam balik je rumah dia akan round satu rumah untuk memastikan keselamatan keluarga terjamin ( ayah pemimpin/khalifah yang bertanggungjawab).Lepas tu dia suruh Wani ambil torchlight kerana katanya ada benda terbang (bila difikirkan "mana ada hantu bulan ramadhan?").Tetiba ayah kata "Kak Long ! ada ular sawa kat luar.BESO.Ular nak makan ayam".Wani pun apalagi terkejut beruklah.

3)11.00 malam : Kawan- kawan ayah datang untuk tolong tangkap ular.Alhamdulillah, ular tersebut berjaya di"berkas" pada pukul 12.00 malam tadi.

4) 12.00 malam : Apalagi ?! bersembang lah !!!!!!!! hahahaha.....


~~~~~~~~~~~~~~~~THE END~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, August 2, 2011

Singel VS Couple : Seperti Masalah Yang Tiada Jalan Penyesalan

Assalamualaikum,bismillahirahmanirahim...


    Para pembaca yang dirahmati Allah sekalian, persoalan Single VS Couple seringkali diperkatakan.Kebiasaannya soalan ini selalunya bermain diminda pelajar sekolah.Tidak ketinggalan juga para bloger yang selalu membincangkanya.Ramai orang yang "single" tertanya-tanya "best sangat ke couple ni?".Soalan inilah yang selalu bermain difikiran para remaja yang masing "single-mingle".Bagi mereka selagi mereka tidak mendapat jawapan yang sebenar-benarnya bagi soalan itu mereka akan "single forever" kononnya.Bagi yang sudah ber"couple" sebaliknya pula dan mereka selalu bertanya "best sangat ke single ni?" dan jawapan yang selalu dikeluarkan ialah BOSAN.Logik ke kalau orang tanya soalan camtu dan jawapan ialah bosan? Fikir semula kawan-kawan.

   
    Soalan yang macam tu selalu ditanya oleh kawan-kawan Wani hampir setiap hari.Wani ni dahlah takde pengalaman dalam bab cinta-cinta ni dahtu soalan femes lak ni nak ditanya.Kadang-kadang Wani sampai buntu sehingga terdetik dalam hati "apalah sangat yang kau nak tahu pasal ni? kau yang lalui semua ni kaulah yang tahu.Aku ni tak lalui benda tu manalah aku tahu".Sampaikan Wani rasa dah tak larat nak jawab soalan ini.Kalau korang tengok kat dalam buku log PRS Wani tu dah berapa banyak dah pelajar yang meminta nasihat tentang ni.

    Sejujurnyalah ini padangan Wani terhadap masalah nilah.Kalau ada yang terasa harap diampunkan.Ini adalah pandangan Wani terhadap mereka yang masih "single" dan ingin tahu apa yang bestnya couple ni.Couple ini adalah satu budaya yang kurang sihat kerana ini adalah budaya barat bukannya budaya orang melayu/Islam.Couple ini sejenis budaya dimana wanita dan lelaki yang ajnabi bercinta tanpa ikatan yang sah maksudnya mereka bercinta tanpa ikatan pertunangan atau pernikahan.Untuk pengetahuaan para"single" diluar sana "couple" ni sometime boleh merosak dan menjatuhkan maruah orang perempuan sebab orang lelaki ni dia ada satu permintaan dimana permintaan tu akan membuat seorang wanita itu rasa terpaksa atau lebih tepat lagi "WAJIB" untuk melakukannya.Hati-hati kepada mereka kalau lelaki tanya soalan ni.Dan korang janganlah nak kata single forever sebab suatu masa nanti korang akan bercinta juga.

    Pandangan saya bagi "couple" yang ingin tahu apa yang bestnya single ni.Sejujurnyalah single ni lebih baik daripada couple sebab kita bebas untuk bergaul dengan siapa-siapa dan takde orang yang nak halang kita daripada nak berkawan dengan lain.Bagi mereka yang couple mereka akan sedaya upaya untuk memupuk sifat setia pada pasangannya.Hey all ! what the hell? kenapa mesti memupuk sifat setia pada pasangan? sepatutnya kita patut memupuk sifat setia pada Allah dengan berusaha meninggalkan larangannya.Sifat "setia" yang dimaksudkan mereka ialah tidak menduakan pasangan mereka.Andai katalah Wani ni dah couple lepastu jatuh cinta kat orang lain lalu Wani pun couple dengan orang tu ini bermakna Wani ada dua orang kekasih.Itu hak Wanilah nak couple dengan siapa pun.Apa hak dia nak marah-marah Wani sedangkan antara Wani dengan dia takde apa-apa ikatan yang sah pun dan itu bermakna kepada mereka yang tengah couple anda masih mempunyai hak untuk menduakan kekasih anda selagi tiada ikatan yang sah antara kamu berdua.

    Sesungguhnya kawa-kawan Allah itu telah menyediakan kita dengan lelaki yang jauh lebih baik daripada lelaki yang menjadi kekasih kita sekarang.Allah itu Maha Adil buktinya Dia tak pernah melupakan tanggungjawabnya tentang jodoh,ajal dan maut kepada hamba-hambaNya.Jadi janganlah kita mencari cinta kerana cinta itu bukanlah bekalan untuk akhirat tetapi solat dan ibadah kita kepadaNya yang menjadi bekalan.Bf/Gf korang tu bukannya boleh dibawa sekali masuk kubur kalau korang takde nanti malah yang akan bersama dengan korang nanti ialah 2 malaikat,azab kubur,ular yang akan melilit badan korang,muka yang cantik/hensem menjadi hodoh serta doa anak-anak yang soleh(itu pun kalau mereka masih ingat pada yang sudah tiada).

        Huh ! panjang lebar betul pendapat Wani ni.hehehe.Sori lah korang sebab ada terselit perkataan "what the hell" tu saje je nak kasi gempak sikit.hahahaha.Jadi sebelum kita mencintai lelaki/wanita yang bukan mahram kita lebih kita cintai dulu Pencipta kita sebab kerana Dia kita hidup sebab dia yang bagi kita nyawa dan kepada Dia jualah kita kembali kerana Dialah yang memberi nyawa maka Dia jugalah yang menariknya semula, BUKAN boyfriend atau girlfriend kita.








Puteriku Bertanya "Siapa Abi Umi?"

Assalamualaikum,bismillahirrahmanirahim


    Tadi puteri Wani bertanya "Umi, siapa abi umi?".Siapa abi umi? hanya Allah saja yang tahu.Puteri Wani tanya soalan ini sebanyak dua kali dan Wani cuba tukar topik tapi malangnya dia lagi mendesak.Haih, takkanlah Wani nak bagi tahu kot siapa abi tu.Kalau Wani bagi tau dia bocorlah rahsia.hehehe.Sebenarnya Wani malas nak bagi tahu dia siapa abi tu nanti habis heboh satu kelas dan yang sebenar-benarnya "abi" tu tak wujud pun.Saja je cakap kat dia camtu tapi tak sangka pulak dia percaya.

    Ceritanya camni....mulanya Wani buka facebook dan komen satu gambar dia.Wani terlepas cakap pulak time komen gambar tu.Last-lastnya dia merajuk then Wani try lah pujuk dia.Wani cakap la sori lepastu dia kata dengan satu syarat.Wah wah wah, suka-suka dia je letak syarat.hehehe.Syaratnya dia nak tahu siapa "abi" tu.Wani tak bagi tahu sebab Wani tak tahu siapa "abi" tu sebab just main-main je yang dia pergi percaya BULAT-BULAT tu apasal?.Lastnya dia terus off.Ah lantak la.hehehehe.

    Wani pun tak tahu mana datangnya cerita pasal "abi" umi ni.Suka-suka diorang je nak gelar orang tu orang ni sebagai "suami" umi.Hadoii.Panggilan umi tu sebenarnya bukan nama sebenar Wani.Nama Wani yang sebenar Nurul Hazwani.Umi tu pulak gelaran je sebab ada sorang kawan itu tiba-tiba panggil Wani umi.Mula-mula dia sorang je yang panggil camtu lastnya semua berjangkit dengan dia panggil Wani umi.Kiran Wani ni "ibu" merekalah.hahahaha.Bukan ibu kandung tapi ibu angkat(lebih kuranglah tu).

p/s : Puteri yang dimaksudkan itu ialah Puteri Miharu(nama korea dia.Nama sebenar dia Faridatul Akmar)Itulah puteri kesayangan Wani.Ni link Puteri kesayangan umi.

Monday, August 1, 2011

Aku Bertemu Awal Ramadhan...Akhirnya Pula Bagaimana?

Assalamualaikum,bismillahirrahmanirahim...



    Aku amat bersyukur pada hari ini kerana dengan izinNya aku dapat bernafas dan meraikan sekali lagi satu Ramadhan.Dalam doa aku selalu memohon padaNya agar ditemukan kepadaku awal Ramadhan dan kini aku telah ditemukan dengan bulan yang mulia itu.Jikalau aku telah ditemukan dengan awal Ramadhan maka aku ingin memohon lagi kepadaNya agar ditemukan dengan akhirnya.

    Seketika tadi aku ke bazar Ramadhan aku telah melihat beberapa orang pengemis yang meminta sedekah kepada orang ramai.Apabila aku menjelingkan mata untuk melihat isinya ternyata didalamnya KOSONG !.Begitu tersentuh hati ini melihat tin kosong yang dipegang oleh seorang pengemis meminta orang yang memiliki sifat kemanusiaan untuk memberinya wang walaupun 10 sen.MasyaAllah, sungguh diri ini insaf apabila melihat pengemis itu.Kemudian aku muhasabahkan diri sendiri lalu aku berkata 

"Apalah nasib aku kalau jadi macam tu?...kebulur gamaknya..."

Lalu aku beristighfar memohon keampuanan dariNya sesungguhnya kejadiaan itu memberi iktibar yang besar dalam diri ini.

    Sewaktu aku duduk semeja dengan keluarga untuk berbuka puasa aku teringat akan pengemis tadi."sudahkah dia mendapat wang untuk berbuka?" masyaAllah ! aku amat risau akan pengemis tadi.Risau kalau-kalau dia belum makan kerana sudah masuk waktu berbuka dan kalau dia tak makan pasti dia akan mati kebuluran.Ya Allah ! Kau berikanlah rezeki kepada pengemis itu ya Allah.

    Usai solat maghrib aku muhasabah diri lagi.Tertanya-tanya jikalau aku telah hidup pada 1 ramadhan adakah pada akhirnya aku akan merasai juga?Kalau pengemis itu tadi boleh hidup pada akhir ramadhan adakah aku juga boleh hidup pada akhir ramadhan?Ajal maut ditangan tuhan.Aku hanya berserah padaNya.