TA'ARUF BERSAMA UMI

Sayang Anak-anak Ummi...

Tuesday, November 29, 2011

.:Salam Maal Hijrah 1433:.

Assalamualaikum & selamat petang semua,


Pejam celik,pejam celik sudah masuk tahun baru Islam rupanya.Hari ini ana baru berkesempatan untuk mengupdate blog ana.Banyak post yang ana baca di Facebook,Twitter dan Blog yang membuat ucapan 'salam maal hijrah'.Ana ni pula baru hari ini dah 4muharram dah pun.

Alhamdulillah, ana bersyukur sangat sebab masih bernafas pada awal muharram lepas.Sesungguh Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Lihatlah diri ana yang banyak melakukan khilaf ini masih dihidupkan sehingga ke hari ini Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun kerana masih memberi ana peluang untuk bertaubat kepadaNya.

Salam Maal Hijrah 1433 ^_~

Sunday, November 20, 2011

.:Syukur:.

Assalamualaikum & selamat pagi semua,


Manusia memang gemar mengejar kejayaan didunia sehingga kadang-kadang terlupa untuk mengejar kejayaa akhirat dan rahmatNya.Tanpa ikhlas kejayaan yang mereka peroleh itu akan menjadi lagha (sia-sia).Mulakan sesuatu perkerjaan dengan lafaz bissmillahirahmanirahim besertakan hati yang ikhlas dan akhirilah sesuatu perkerjaanmu dengan lafaz alhamdulillah apabila memperoleh hasil yang baik.

Sebagai hamba yang kerdil kita haruslah bersyukur atas apa yang dikurniakan kerana Allah Maha Mengetahui segala yang diperlukan oleh hamba-hambaNya.Belajarlah untuk sentiasa bersyukur atas nikmatNya.Tak takut ke sahabat sahabiah ana ni kalau Allah lebihkan nikmatNya kemudian kita lalai dan terus melupakanNya kerana salah satu cara untuk mengetahui bagaimana Allah tidak sayangkan kita adalah dengan Allah mengurniakan nikmatNya sehingga melimpah ruah dan tak terucapa lafaz alhamdulillah sebagai tanda terima kasih padaNya.MasyaAllah...

Buat sahabat-sahabat yang ana kasih jagalah akhlak kepada Pencipta kita dan bersyukurlah dengan apa yang ada kerana yang sikit itu tak merugikan malah menguntungkan.

Salam subuh semua ^_~

Wednesday, November 16, 2011

.:Sahabatku:.

Assalamualaikum & selamat petang semua,


Semoga sahabat-sahabat ana semua sihat belaka dan sentiasa dibawah rahmatNya.Hari ini ana terpanggil untuk membuat sebuah post mengenai 'SAHABAT'.Memang benar sahabat itulah yang mengambarkan siapa kita kerana melalui sahabat kita boleh berubah menjadi lebih baik atau sebaliknya.Seperti ana, ana juga mempunyai sahabat dan alhamdulillah sahabat sahabiah ana semuanya baik belaka,sporting dan ikhlas dalam persahabatan.Ana terbuka dengan semua orang samada lelaki atau perempuan,kaya atau miskin,putih atau hitam itu semua ketentuan Allah.Asalkan orang sekeliling selesa dengan ana pun dah cukup.

Pernah tak korang semua dengar ada pepatah mengatakan 'kawan boleh jadi kekasih TETAPI kekasih tak boleh jadi kawan' ? ana rasa betul dan ana menyokong kenyataan tersebut sebab ada seorang sahabat ana jadi macam tu.Kadang-kadang ana kesian juga tengok dia sebab dia dah tak seceria dahulu.Tapi takpe lah asalkan dia sihat walafiat pun dah cukup.

Sahabat ni juga ada bermacam-macam kerenah.Ana ada kawan yang ramah,brutal,pemalu dan macam-macam lagi.Walaupun ana baru mengenali mereka selama satu tahun tapi waktu yang singkat itulah yang menceriakan hidup ana.Walau apapun , sahabat lama dan sahabat baru semuanya sama rata sahaja kasih yang ana beri.Kalau mereka ada masalah ana ada untuk membantu tanpa mengira.

Dalam persahabatan juga ada sahabat yang jatuh cinta pada sahabat yang lain tapi apa boleh buat sebab tak berani nak luahkan maka ia hanya jadi angan-angan.Ada juga sahabat sahabiah ana yang bercinta secara diam-diam tapi apa boleh buat dah jodoh so terima je lah seadanya.

Wahai Teman,
Tanpa engkau siapalah aku,
Tanpa engkau aku juga tiada teman untuk bercerita...

Wahai Teman,
Walau sesiapa pun engkau,
Engkau tetap sahabat yang terbaik dalam hidupku...

Wahai Teman,
Jangan kau putuskan ukhwah ini,
Kekalkanlah ia walaupun badai melanda...





Tuesday, November 15, 2011

.:Sedih:.

Assalamualaikum & selamat malam semua,

macam ni la keadaan Wani sekarang...huhuhu
p/s : tak sengaja lukakan hati dia.Setiap manusia sentiasa melakukan kesilapan tak kira silap besar atau silap kecil.

Tuesday, November 8, 2011

.:Putus Cinta Ada Hikmahnya:.

Assalamualaikum & selamat petang semua ^_~,



Huh, penat betul hari ni dari pukul 11.15 bertolak pergi rumah kawan nak bincang tentang menu untuk jamuan makan para sahabat perempuan yang akan berlansung pada 26/11/2011.Lepastu kaki pula melecat sebab starter kaki motor kawan tu licin.Adoi nasib badan, balik rumah solat zuhur terus landing atas katil.wiiiii bestnye.


Wani nak tanya, korang pernah putus tak? bagi yang pernah mesti geramkan? takpe-takpe ana faham perasaan mereka.Tapi dulu ana pernahlah tengok satu vid ni seorang lelaki sanggup terjun daripada bangun tinggi sampai mati sebab putus cinta.Allahuakbar, habis berkecai badan.Ngeri juga ana tengok sampai menggeletar tangan ni.Tapi apa motif diorang buat macam tu? takkanlah sebab putus cinta.Tak logik langsung and takkanlah kat akhirat nanti Allah tanya kenapa kita bunuh diri takkan nak jawab "kerana aku kecewa dengan kekasihku ya Allah".Ayoyo, fikir-fikirkanlah.

Disebalik perpisahan itu tidakkah kita tahu bahawa ada hikmah disebaliknya? contohnya :~

1) kita boleh dapat yang lebih baik daripada si dia yang meninggalkan kita.
2) dapat mendekatkan diri dengan Pencipta sebab bila kita sedih dalam doa kita ceritakan segala-galanya agar diberikan ketabahan hati.

betulkan? jadi kepada para sahabat sahabiah yang membaca artikel ini harap ambil iktibar.Bila kita bercinta dengan seseorang janganlah terlalu mengharap sangat agar sang kekasih itu akan mengahwini kita.Macam ana jugalah dulu asyik dok berangan nak kahwin dengan si dia last-last ana juga yang minta putus dan ana juga kecewa*sebenarnya malu nak cerita.Tapi ana dah insaf dah taknak bercinta lagi kalau bercinta pun dalam hati je hehehe.

Tapi itulah hakikatnya perpisahan itu yang mengajar kita menjadi lebih matang.Ia mengajar kita untuk terus maju ke hadapan dan jadi yang lebih baik dari sebelumnya.Jangan tumpahkan airmata mu kerana cinta kepada sang kekasih tetapi jatuhkanlah airmata mu kerana sering melupakanNya.

Monday, November 7, 2011

.:Di Awal Pagi:.

Assalamualaikum & selamat pagi semua,

Alhamdulillah dipagi yang nyaman ini Wani sekali lagi atas izinNya dapat bernafas dan menunaikan semua perintahNya.Pagi ni tak masak apa-apa pun sebab malam tadi makan KFC so ada lebih makan je la.Last-last nya amekaw perit memulas-mulas hahaha.

Hari ni ana rasa rajin pulak nak buka internet seawal 7pagi.Biasanya buka internet dalam pukul 10/11 baru terpacak depan skrin ni tapi sebab nak download lagu Asaku Asamu-Starfive dengan nak upload video yang tertangguh sekian lama itu yang buka internet pukul 7 pagi tu.sabo je la


Jom baca artikel kes murtad ni dan ambil iktibar

.:Jangan Putus Asa:.

Assalamualaikum semua,


Tengok tu kesian dia.Tension sebab putus cinta.Biasalah kena tinggal dengan buah hati dia tu yang terus putus asa tu.Tapi persoalannya sekarang perlukah untuk dia berputus asa kerana ditinggalkan kekasih?Kenapa mesti putus asa? sebenarnya tak perlu sebab dah terang-terang dia bukan yang terbaik untuk kita jadi kita tak payahlah terus berharap agar dia kembali pada kita semula.Kat luar sana tu ada yang lebih layak digelar kekasih daripada si dia.So kepada kawan-kawan diluar sana samada lelaki atau perempuan jangan putus asa bila ditinggalkan ok.Sebab ada yang lebih baik daripada mereka.BANYAK !


Cuba korang tengok gambar atas ni kesian kan? walaupun dia ada tumor dibahagian muka dan menyebabkan muka dia nampak sedikit hodoh tapi dia tak pernah putus asa dalam mencari rezeki yang halal dan tak malu pun untuk menghadapi masyarakat diluar kerana Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar.Bersyukurlah kita dengan apa yang ada walaupun muka kita "burn" tapi normal itupun dah dikira sebagai nikmat tau.


jadi wani nak bagi sedikit tips bagi kita jangan cepat putus asa dan harapan :~

1) Banyakkan bersabar dan beristighfar.
2) perbanyakkan berdoa,bertawakal dan membaca al-Quran.
3) Kalau ada masalah jangan segan untuk bercerita pada kawan-kawan.Sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban.
4) insyaAllah masalah putus asa dapat dia atasi ^_~



.:Mengandung:.

Assalamualaikum semua,

Kat sini ana ada berita gembira nak bagi tau.Ibu wani mengandung wihiiiii.happy nya alhamdulillah rezeki tuhan tapi rasa macam tak percaya sebab ana akan jadi kakak kepada lagi seorang adik.harap-harap dapat baby boy amin...

.:Nak Kekasih Halal?:.

Assalamualaikum & selamat petang semua,

Buat apa tu?minum petang ye? kalau ada lebih hulur la sikit kat sini hehehe.tadi lagi sekali pergi ke youtube jumpa lagi satu vid tapi lupa tajuknya.Video nya ada menyentuh sikit para yang bercinta*tersentap ana tengok vid tu tau.Tak bolehlah nak taip panjang-panjang.Adik ana dah panggil suruh tolong gorengkan kentang.Tapi vid ada menyampaikan pesan kalau nak bercinta jangan lama-lama.Alang-alang dah suka sangat kahwin terus betul tak? tengok apa yang para remaja sekarang buat? MasyaAllah renung-renungkanlah...



p/s : adik ana dah jerit tu.

Sunday, November 6, 2011

.:Asaku Asamu:.

Assalamualaikum & selamat petang semua,

gi youtbe lagi tadi jumpa lak vid ni so tengok je la.best gak teringat ana pada seseorang hehehe.gatai tol ^_~

.:Renungan Buat Para Ikhwah & Calon Imamku:.

Buat bakal suamiku....
dengarkanlah

.:Pedoman:.

Assalamualaikum semua,

Hari ni Wani nak ambil kesempatan sikit menaip awal pagi.Rumah sunyi je tak tau nak buat apa tu yang terus menaip.Lepas tu tadi pergi youtube nak tengok video Voice Of Ummi (VOU) tu tapi lanin yang Wani jumpa.Ana jumpa lagu baru Nora berjudul Pedoman.Teringat ana pada khilaf ana dulu.Subhanallah, jom kita sama-sam dengar kan...

.:Aidiladha:.


Assalamualaikum semua,

Rasanya begitu lama Wani tinggalkan blog ni.Maklumlah sibuk dengan exam tapi alhamdulillah semuanya sudah pun selasai tinggal tunggu keputusan keluar je.Semoga Wani dapat keputusan yang baik insyaAllah, amin.Sekarang ni tengah cuti selama 2 bulan lebih insyaAllah kalau takde aral melintang ana akan teruskan "menghias" blog ni dengan ceritera hidupku,insyaAllah.

Sebelum ana terlupa ana ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat islam terutama sekali kepada mereka yang sedang menunaikan ibadah fardu haji.Moga mendapat ibadah haji yang mabrur, insyaAllah.Tahun ni ana beraya disini je malah hampir setiap kali raya haji ana hanya beraya dirumah dan hanya pulang ke kampung seminggu kemuadian(ade ke patut?!!!)..