TA'ARUF BERSAMA UMI

Sayang Anak-anak Ummi...

Monday, June 20, 2011

Saat Terbit Cinta

Assalamualaikum,Bismillahirahmanirrahim.


   Aku tahu bahawa perasaan sayang itu adalah lumrah kehidupan.Tetapi aku tidak lagi sanggup untuk menangung siksa ini.Tetapi demi agamaku aku terus bangun dan gagah untuk meneruskan kehidupan demi memdapatkan tempat yang selayaknya.

   Fikiranku tidak tentu hala dan aku terfikir adakah perasaan ini hanya sementara ? dalam pada masa yang sama juga aku terfikir bahawa dia yang selama ini aku kenali sejak dari bangku sekolah rendah dan telah dianggap kawan tiba-tiba hadir didalam diri ini membawa sinar bahagia dan meraih cintaku walaupun dia tahu yang aku amat membenci dirinya.

   Tetapi yang aku amat hairannya ialah sejak bilanya hadir perasaan sayang dalam diri ini untuk si dia ? aku terus diam diam dan diam kan perasaan ini kerana aku tidak mahu dikecewakan.Biarlah aku mencintainya dengan sekadar yang mampu kerana mungkin suatu hari nanti dia akan hancurkan sekeping hati yang suci ini dan menjadi kebencian ku.



   Aku sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi hidayah dan ditabahkan hati ini untuk melalui hari-hari yang akan dipenuhi dengan mawar yang sentiasa berduri.Biarlah aku pendamkan perasaan ini bahawasanya aku amat mencintainya kerana aku tahu Allah telah tetapkan aku dengan yang lebih baik daripada si dia pengarang jantung hatiku.

   Dalam diam aku mencintaimu,dalam bayang aku terlihat wajahmu dengan senyuman yang manis.Jikalau kau bukan untukku aku berharap agar kita bisa berkawan selamanya.Manisnya ukhuwah itu bila hadirnya cinta seorang sahabat.Sesungguhnya setiap pertemua pasti ada perpisahan.
   

No comments:

Post a Comment