TA'ARUF BERSAMA UMI

Sayang Anak-anak Ummi...

Tuesday, December 20, 2011

.:Pagi Yang Penuh Drama:.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,



Pagi yang penuh dengan drama suspen.Hoyooo, bilo la nak keluar rumah ni?...lambat dah ni...tak dapat ana taip panjang-panjang sebab dah lambat sangat.Mengamuk nanti "mem besar" ana tu..kih3....

P/s: sarapan pon belum lagi ni !

.:Nak Kahwin:.

Assalamualaikum dan selamat malam semua,


Dah makan ke korang? kenyang ke tak? kalau tak kenyang lagi tambahlah lagi jangan segan silu, hehehe.Ana baru je lepas makan.Ya Allah, enaknya hanya Allah sahaja yang tahu maklumlah air tangan ibu katakan, terima kasih Ya Allah kerana Engkau memberi aku sekeluarga rezeki yang melimpah ruah.

Di kala malam yang dingin sambil menonton telefilem "Lady Boss" teringat plak kat sorang kawan ana ni yang secara tiba-tiba bercerita tentang kahwin (ape kne mengene?).Biasalah dia tu, pengaruh novel yang kuat.Hari-hari baca novel ni la jadi nye.Sampai kesitu diberangan malah berangan juga nak bernikah dengan anak raja.hoyoooo,MasyaAllah, terkejut beruk ana mendengar.Entah sihat lagi ke tak pemikiran dia tu.

Tapi kadang-kadang tu ana terfikir juga nak kahwin dan kadang-kadang pun ana fikir macam malas nak kahwin.Yelah, banyak asam garam rumahtangga ni lagi-lagi kalau perempuan.Asyik-asyik nak kena jaga hati ibu mentua je.Lagi-lagi kalau yang tak reti memasak tu, dahlah ana ni fail kalau memasak.Nasib badan...

Yang kena kahwin kontrak tu lagi la.Tapi ada ke kahwin kontrak dalam Islam?Takde rasanya.Apa-apa upacara yang dinamakan "Pernikahan" ia adalah sah disisi agama kerana di nikahkan dengan jurunikah yang diluluskan Jabatan Agama Islam dan bersaksi ia jatuh hukum SAH

Papepon ana doakan sahabat-sahabat ana dikurnian kan suami/isteri yang soleh dan solehah.

P/s:jodoh pertemuan, ajal maut ditangan Tuhan.Baik buruk mereka, hormatilah mereka selagi mereke masih menyayangi anda.

Thursday, December 8, 2011

.:Sendiri:.

Assalamualaikum dan selamat malam semua,



Terasa sunyi sangat malam ni.Maklumlah semalam bermalam dirumah makcik dan tidur dengan opah tercinta bila balik semula ke rumah ana rasa sunyi sangat.Esok opah ana ajak temankan dia bercuti ke Port Dickson tapi ana tak pasti dapat ikut ke tidak sebab ana sekarang sibuk sangat.Ya Allah, sayu nya hati bila terpaksa menolak ajakan tersebut.Allahuakbar...

p/s:Perlukan si dia sekarang tapi...


                                                                                                                      aku bukan permata di hatinya


Wednesday, December 7, 2011

.:Melodi Hati:.

Assalamualaikum dan selamat petang semua,


Petang ni ana menaip post sambil menikmati minum petang air nescafe dengan roti coklat.Petang ni hati ana tiba-tiba rasa sesuatu yang tak dapat digambarkan.Mungkin ana rasa bersalah terhadap seorang sahabat ana atau mungkin tidak.Ah, entahlah.Apalah agak hati ana nak berbicara sebenarnya.

Ana baru buka Facebook ana sekejap tadi dan adalah seorang dua orang kawan ni dan secara tak sengaja mereka menanyakan soalan yang sama "Bila nak cari bakal pendamping?"...."Bila nak isi hati?".Oh Tuhan, kenapa mesti tanya soalan yang macam tu? Ana sendiri tiada jawapan yang tetap untuk soalan tu.Tentang soalan itu, ana serahkan segalanya kepadaNya.

Bila depa tanya pasal tu ana terus teringat pada kisah lama ana yang sungguh tragis.Entah dimana silapnya ana buat dia kecewa sebanyak dua kali.Ermm...takde jodoh nak buat macam mana lagikan??...tak pe. disebalik kejadian ada hikmah ^_~

Monday, December 5, 2011

.:Sahaja Aku Mencintaimu:.

Assalamualaikum dan selamat petang semua,


Apa khabar sahabat dan sahabiah ana semua? yang tengah minum petang tu minum elok-eloknye sambil tu bolehlah tengok sekejap video kat atas ni.Ana jumpa vid ni daripada Facebook kenalan ana.Gambungan suara kumpulan Du'a dan Ustaz Amal.MasyaAllah, sangat menyentuh qolbun ana yang lembut ini.

Sunday, December 4, 2011

.:Nyanyian Yang Mengejutkan Penonton:.

Assalamualaikum dan selamat petang semua,


MasyaAllah, sebak dengar lagu ni.Lihatlah dunia kita ni ramainye yang "free hair"....kenapa boleh jadi macam tu?Nyanyian yang mengejutkan penonton, nasihat hijab untuk para wanita. Berhijablah wahai wanita-wanita Islam sesungguhnya kebaikan menanti kamu. Jangan takut dan jangan segan kecantikan itu pasti bersama.

harap2 penonton belakang sana tu dan pendengar yang belum mengenakan hijab pada kepala mereka silalah berbuat demikian dengan segera kerana ajal tidak mengenal masa,umur,pangkat dan harta....