TA'ARUF BERSAMA UMI

Sayang Anak-anak Ummi...

Tuesday, May 31, 2011

Jangan Takut, Keyakinan Mesti Ada




   Assalamualaikum semua, apa khabar ? Sihat ? Cuti sekolah ni tak pergi menjelajah satu dunia ke ? Maklumlah nama pun cuti sekolah mestilah ramai keluarga yang nak gi shoppinglah, gi melanconglah dan macam-macam depa nak buat, betul tak ? Kalau korang tanya Wani cuti ni pergi mana jawapannya "takde pergi mana-mana,duduk rumah je siapkan folio.Minggu depan balik kampung.That's all.".Tapi yang takleh blahnya ialah bila ada kawan-kawan yang sibuk mintak kaunseling.Adoiii ! memanglah sesi kaunseling ni tak kira waktu tapi diorang minta kaunseling waktu Wani dah nak offline.Apa kejadahlah depa ni.Wani tolong juga diorang, ikhlas ye Wani tolong bukan terpaksa.

   Daripada apa yang Wani perhatikan setiap kali berlangsungnya sesi kaunseling dengan klien terutama klien yang ada masalah dilamar oleh seseorang untuk jadi kekasihnya.Permulaannya mesti macam ni :

"Wani boleh tak tolong aku ? hari itu ada budak minta aku jadi kekasih dia tapi aku taknak.Aku dah kata aku taknak tapi dia macam tak faham.Sekarang ini aku rasa kesian pula kat dia sebab tolak cinta dia.Apa aku kena buat sekarang Wani ?"

Sila baca dialog yang direka khas dan lihat ayat yang di tebalkan dan digaris.KESIAN.Itulah yang bermain diminda mereka yang berada dalam situasi tersebut.Sepatutnya mereka tidak perlu ada rasa KESIAN mahupun simpati kepada orang yang lamar kita itu sebab kita tolak lamaran dia bererti kita berjaya melawan nafsu ingin bercouple.Dalam Islam tiada langsung istilah "couple"."Couple" itu adalah sebuah budaya barat jika dilihat.Dan "couple" itu juga sebenarnya HARAM disisi Islam.Kepada yang sedang melalui situasi ini Wani nasihatkan agar kalau terbit perasan kesian atau simpati cepat buangkan perasaan tersebut kerana perasaan seperti itu tidak patut wujud kalau kita benar-benar ikhlas menolak cintanya.Even ada pun perasaan itu buat-buatlah seperti perasaan itu tidak wujud.

   Itu je, senang je kan caranya nak menangangi masalah tersebut.Ye, memang senang sebab kawan-kawan hanya baca sahaja.Cuba kawan-kawan cuba buat seperti apa yang Wani suruh, mesti korang rasa susah sangat.Kwan-kawan Wani pernah lalui situasi macam ini kerap sekali Wani menyuruhnya atau lebih tepat sekali paksa dia supaya buang perasaan itu.Untuk buang perasaan kesian tersebut sifat KEYAKINAN mesti ada dalam diri.KEYAKINAN itu penting untuk kita berada dilandasan yang benar.

   Wani sendiri kerap mengingatkan diri dan rakan-rakan yang couple itu haram walaupun sesetengah daripada kawan-kawan Wani itu sudah pun mempunyai kekasih.Begitu juga dengan Wani.Wani sendiri pun pernah dilamar untuk menjadi kekasih orang tapi Wani tolak sebab tak cukup umur dan masih kecil lagi dan kalaulah ibu tahu Wani bercinta sah-sah kena tazkirah.

   So Wani dah bagi tips yang terbaik pada korang untuk buang rasa kesian.So gunakanlah tips tersebut dengan sebaik yang mungkin.Tapi jangan pula kalau korang nampak orang minta sedekah ke atau minta tolak korang tolak, elok-elok boleh tambah pahala terus bertambah pula dosa.hahahaha.selingan.

   Dan jika korang baca entry Wani 5 Bukti Cinta Allah Lebih Mahal Dari Cinta Manusia
bahawasanya cinta Allah itu melebihi segala-segalanya, melebihi cinta manusia juga.Lihat betapa kerdilnya manusia jika dibandingkan dengan Allah yang memiliki segala-galanya dan mempunyai kuasa yang mutlak terhadap seluruh dunia dan alam semesta.Dan jika dilihat sekarang, kebanyakannya remaja yang bercouple tu selalu lalai akan tanggungjawab sebagai seorang muslim.Malah al-Quran juga jarang dibuka TETAPI novel cinta juga yang dihadapnya.eshh2.Sebenarnya al-Quran juga sebuah novel, sebab kalau kita baca "novel"(al-Quran) itu pahala kita akan bertambah.Betul kan?

Sampai disini sahaja bicara kita, 
Wassalamualaikum warrahmatullahiwabarakatu.


Monday, May 30, 2011

Kamar Bicara Hatiku Berwajah Baru

   Assalamualaikum semua, apa khabar ? Sihat ? haaa...kawan-kawan semua perasaan tak apa yang lain pada blog ni ? ahakss !...sebenarnya Wani dah buang semua yang dah terlekat kat blog Wani dulu.Contohnya macam background.Dulu background blog Wani memang wonderful lah juga tapi sekarang dah tak lagi.Blog ini hanya akan berwarna pink seperti patrick.

   Yang keduanya, gambar-gambar yang tak berfaedah atau yang menyemakkan blog Wani dah buang masuk tong sampah dah ( dah kitar semula pun).Lagu pun Wani dah tukar kepada asma ul'husna.Wahh, sedap telinga ni dengar.Sebenarnya Wani ni suka berhijrah kepada sesuatu yang baharu dah boleh memotivasikan diri yang hampir-hampir alpa dengan nikmat Allah kat dunia ni.Lagipun berhijrah tu kan bagus.Berhijrah ni tak semestinya berpindah rumah atau berpindah daripada satu negeri ke negeri yang lain.Tidak ! hijrah ni bermaksud berubah daripada buruk kepada yang baik dan berudah daripada baik kepada yang lebih baik(kalau salah minta maaf).Dan sekarang insyaAllah Wani akan masukkan sikit-sikit unsur Islam . Dan kalau apa yang Wani sampaikan tu tak betul atau fakta yang salah tolonglah tegur.Lagipun Wani still kecik lagi...Baru 14 tahun kot.hehehe

   Ok lah,sampai disini sahaja bicara kita.Moga Allah memberi keizinan lagi kepada Wani untuk berkongsi kisah hidup bersama hambaNya,InsyaAllah.

Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatu.

Sunday, May 29, 2011

Istiqamah Dalam Jalan Dakwah & Islam


Maksud istiqamah ialah terus tetap atas jalan ISLAM. Sekali seseorang itu beriman, maka dia akan terus menerus bersama ISLAM, walau apa pun yang terjadi. Sanggup mempertahankan ISLAM dalam semua keadaan. Tetap memilih kebenaran. Ini selaras dengan firman Allah dalam surah Huud: 112

Oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan Yang betul sebagaimana Yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang Yang kembali kepada kebenaran dengan mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan.

Ramuan untuk terus beristiqamah dengan ISLAM adalah;

1. Sabar
2. Ikhlas
3. Muhasabah
4. Interaksi dengan al-Quran
5. Yakin dengan keutamaan dakwah Islam
6. Membaca kisah orang-orang yang istiqamah di jalan dakwah
7. Sokongan daripada keluarga

يا رسولَ اللهِ, قُلْ لِيْ في الإسلام قَوْلاً لاَأسْأَلُ عَنْهُ أَحَداً غَيْرَكَ ! قال : قُلْ آمَنْتُ باللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ.

Dari Abu ‘Amroh Sufyan bin Abdillah ra berkata ; Ya Rasulallah,katakan kepadaku satu kata saja yang aku tidak akan bertanya kepada siapapun selain engkau ! Jawab Rasul SAW :
Katakan , aku beriman kepada Allah, lalu istiqomahlah.

(Hadith Riwayat. Muslim)

يا رسولَ اللهِ, أتَعُودُ الى مكَّةَ وقَدْ أخْرَجوكَ؟ قال : يا زَيْدُ إن اللهَ جاعِلٌ لِما تَرَى فَرَجا وَمَخْرَجا وإن اللهَ ناصِرٌ دِيْنَه وَمُظْهِرٌ نبِيَّه.

Zaid bin Haritsah bertanya kepada Rasul SAW (dalam perjalanan ditengah cobaan badai da’wah ke Thoif), Ya Rasulallah ; apakah engkau akan kembali ke Makkah sedang engkau telah diusir oleh mereka (kuffar quraisy)? Wahai Zaid; sesungguhnya apa yang kamu saksikan saat ini (dari kesulitan , banyaknya tantangan dan rintangan), Allah akan berikan kelapangan dan jalan keluar dan Allah Maha menolong agamanya lagi Maha pemberi kemenangan kepada nabiNya (dan orang yang membela agamaNya).

Malu Itu Sebahagian Iman



MALU ITU SEBAHAGIAN IMAN. Begitu sabda Rasulullah 1418 tahun lalu. Malu yang dimaksudkan ialah malu kepada Allah. Malu untuk melakukan maksiat dan malu meninggalkan taat.


Jika malu itu 50% daripada IMAN, mana 50% lagi. Yang selebihnya ialah TAKWA. MALU DAN TAKWA adalah gandingan sifat yang menjadikan seseorang mempunyai 100% keimanan. Takwa bermaksud bukan saja takut kepada Allah tetapi lebih daripada itu 'buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah'

Jika sekadar takut saja tak jadi apa-apa. Misalnya takut gagal dalam peperiksaan tidak bererti jika tidak diikuti dengan rajin membaca buku dan mengulangi pelajaran. Takut kepada Allah mestilah diikuti dengan melakukan ketaatan dan menjauhi larangan.

Ukurlah diri kita berapa peratuskah sifat MALU dan TAKWA yang ada pada diri kita. Itulah darjah keimanan kita. Bak kata orang periksalah diri kita sebelum kita diperiksa.

Ulama pernah menyebutkan 'bertafakkur satu saat (dalam memikir kebesaran Allah) adalah lebih baik daripada beribadat 1000 tahun'. Ini jangan disalahtafsirkan sebagai tak perlu beribadat memadai dengan tafakkur. Ia cuma memberi gambaran bahawa tafakkur menjadi faktor utama dalam mencari kekuatan beribadat.

Proses musyahadah perlu dilakukan secara konstan sehingga menjadi darah daging. Atau sehingga terasa benar di dalam diri kita tentang kebesaran Allah dan merasakan bahawa 'tidak ada sesuatu yang Allah jadikan secara sia-sia'. Kesemuanya ada hikmah yang di luar kemampuan kita untuk memikirkannya.

Musyahadah menjadi satu daripada beberapa jalan untuk mendapat 'iman'. Dengan iman ini kita akan berasa lazat berzikir, mencari ilmu agama, melakukan ibadat fardu, menambah dengan ibadat sunat serta berusaha mencari keredhaan Allah. Sebaliknya kita benci melakukan kejahatan sebagaimana takutnya kita menghampiri kepada api neraka. Barulah ketika itu kita merasakan kelazatan iman dan terasa hubungan yang rapat dengan Allah disebabkan oleh keredhaan Allah terhadap diri kita.

Di samping melakukan proses musyahadah, kita perlu melakuakn muraqabah yakni menghampirkan diri terhadap Allah dengan melakukan segala amal fardu dan sunat. Amalan 'hablum min'Allah' (hubungan dengan Allah) dan hablum minannas (hubungan dengan manusia). Kita perlu menjaga dua hubungan iaitu hubungan dengan Allah dan juga sesama manusia.

Dalam hubungan ini, Allah sering mengingatkan kita supaya berjalan/melawat di muka bumi Allah dengan niat melihat kebesaran Allah sambil memerhatikan balasan yang Allah timpakan kepada mereka yang menganiaya diri mereka sendiri.

Semoga dengan coretan di atas dapat menjadikan diri kita khususnya diri saya sendiri orang yang sentiasa muhasabah diri dan bermusyahadah serta bermuraqabah mudah-mudahan kita diterima menjadi orang yang soleh yang bakal menghuni syurga di akhirat kelak. Amin ya Rabbal Alamin.

5 Bukti Cinta Allah Lebih Mahal Dari Cinta Manusia



Tahukah anda, bahawa fenomena yang sedang berlaku pada hari ini, di mana ramainya manusia memuja cinta manusia , adalah disebabkan jahilnya mereka dari mengenal Cinta Allah? Benar, mereka solat dan berpuasa, mereka menutup aurat dan sangat menjaga, tetapi mereka tidak merasai mahalnya Cinta Allah sehingga akhirnya mereka tewas kepada cinta palsu sang manusia.

Pertama : Allah memberi, manusia meminta

Bukti pertama adalah, Cinta Allah itu sifatnya memberi, sedangkan cinta manusia banyak meminta. Sejak anda lahir ke dunia, sebelum anda mampu memberi, anda telah pun menerima. Anda menerima nikmat yang begitu banyak. Tidak perlu disenaraikan, cukup disebut tentang oksigen sahaja, di mana sehingga ke hari ini anda tidak putus2 menerima nikmat tersebut. Sedangkan manusia, usahkan oksigen, sehela nafas pun tidak mampu mereka berikan kepada anda. Sebaliknya, mereka pula yang meminta itu dan ini daripada anda.

Kedua : Allah kekal, manusia binasa

Sehebat mana pun anda bercinta di dunia, ianya tetap di dalam satu tempoh yang bakal menemui pengakhirannya. Lebih malang lagi jika cinta tersebut hanya bersandarkan kasih sayang insan semata2, maka seusai nafas terakhir dan berpindahnya anda ke alam barzakh, maka habislah cinta anda di situ. Tetapi Cinta Allah tiada mula dan tiada akhir. Cinta Yang Maha Kekal akan menjanjikan kebahagiaan yang kekal kepada anda selepas berakhirnya hayat singkat anda di dunia.

Ketiga : Allah sentiasa bersama, manusia hanya seketika

Rencah kehidupan menjanjikan sedih dan gembira sebagai teman setia anda. Tika bercinta juga begitu. Tetapi rapuhnya cinta manusia, sifatnya hanya selesa dan indah ketika keadaan senang dan bahagia. Namun ia tidak akrab ketika anda dilanda musibah atau bencana. Jarang manusia saat ditimpa ujian hidup dan tersepit akan mengadu pada kekasih bernama manusia, tetapi banyak sekali yang akan merintih pada Yang Maha Esa. Ajaibnya, walau tika gembira anda lupakan Dia, tetapi saat anda bersedih pun Dia tetap ada untuk mendengar kepada anda. Lalu anda akan merasa , betapa dekatnya Dia berbanding dia yang anda cinta.

Keempat : Cinta Allah tiada nilainya

Anda boleh membina satu bangunan umpama mahligai sebagai tanda cinta anda pada manusia, anda juga boleh memikat bahkan 'membeli' cinta manusia dengan harta serta wang ringgit yang anda ada, tetapi Cinta Allah tiada nilaiannya. Bahkan amal ibadah anda walau sehebat mana di dunia, belum tentu mampu untuk ditukar dengan syurga Allah di akhirat sana. Apatah lagi kalau anda hendak merebut Cinta Allah dengan material yang anda miliki, jauh sama sekali. Kerna Cinta Allah tersangat mahal, ukurannya jauh melangkaui batas nilaian lemah manusia.

Kelima : Tanpa Cinta Allah, manusia tiada cinta

Bahkan, bukti paling utama adalah, sekiranya Allah tidak menciptakan 'cinta' dalam diri anda, sehingga hari ini tiada seorang pun manusia yang kenal apa itu 'cinta'. Tetapi kerana Cinta Allah, Dia ciptakan cinta dalam diri manusia. Anehnya, kenapa pula manusia mengambil cinta itu sehingga membelakangkan Cinta dari Sang Penciptanya?

Sebenarnya banyak lagi bukti yang boleh anda cari, di mana akhirnya anda akan temukan nilaian hidup anda dalam alam yang bakal binasa ini. Berhentilah menghambakan diri anda pada cinta manusia dan berhentilah jua menagih cinta rapuh dari sang manusia semata2, tetapi berusahalah untuk mengenal Cinta Yang Maha Esa. Hakikatnya, orang2 yang benar2 beriman kepada Allah akan bersangatan rasa Cintanya pada Allah ta'ala. Jauh melangkaui sempadan cinta manusia yang terkadang penuh dengan curiga dan syak wasangka.

Ketahuilah, bahawa bila anda tersilap 'berkenalan' dengan cinta dan bukannya Cinta, maka hala tuju hidup anda juga akan semakin kabur dan suram dari cahaya. Dek kerana itu, kita perlu selalu ingat mengingatkan sesama kita. Bercinta tidak salah, kerana kita menghargai nikmatnya cinta, tetapi perlu dipastikan bahawa Cinta tetap di tempat paling utama. Barulah hala tuju cinta anda kekal di atas landasan yang sepatutnya.

Anda boleh tulis beratus2 cerpen dan berpuluh2 madah apabila berbicara tentang cinta, tetapi satu cerpen pun belum tentu mampu anda tulis untuk menggambarkan indahnya Cinta Yang Maha Esa. Lemahnya iman kita bila berbicara soal Cinta berbanding cinta...

Wallahu'alam
















Taqwa adalah aset bagi dunia dan Akhirat ,
Sumber bantuan,sumber rezeki,sumber kemenangan,
Kalau ingin musuh dikalahkan,
baikilah diri untuk mendapat ketaqwaan,
Taqwa lebih tajam dari pedang,
Membaiki diri lebih canggih dari senjata moden,
Di dalam perjuangan,bukan senjata persiapan utama,
Walaupun senjata disuruh mengadakannya,
Membaiki diri lebih utama melakukannya,
Di dalam berhadapan dengan musuh,
ia adalah senjata ghaib yang tidak nampak dipandang,
Ia lebih berkesan daripada senjata lahir yang tajam,

Tapi umat Islam di dalam perjuangan sudah ramai melupakannya,
Di dalam berjuang,dosa juga dilakukannya,
Jika dosa telah berlaku di dalam perjuangan,
ternafilah ketaqwaannya,
Tuhan pun berlepas diri, hadapilah musuh dengan sendiri,
Biasanya musuh, senjata lahirnya lebih baik
dan canggih dari umat Islam,
Bagaimanalah hendak mendapat kemenangan di dalam perjuangan,
Kedua-dua senjata tidak dimiliki,
samada senjata rohani mahupun senjata lahir,
Begitu juga doa-doa adalah senjata orang mukmin,
Lebih-lebih lagi di masa berjuang,
Ia bukan menjadi senjata umat Islam,
Orang mukmin dengan orang Islam jauh sangat bezanya,
Orang mukmin rasa bertuhan menghayati jiwa,
Oleh itu usahakan ketaqwaan,terutama di dalam perjuangan,
Ia adalah senjata yang paling ampuh dan tajam,
Awasilah di dalam perjuangan,membuat dosa dan kesilapan,
Kerana ia lah nanti bantuan Tuhan tidak datang,
Kita akan kecundang dan menerima nasib yang malang.

Mencari kebenaran adalah susah jika tidak dengan TaufikNya ,

Menghayati kebenaran adalah sukar jika tidak dengan HidayahNya ,

Memperjuangkan kebenaran lagi susah dan mencabar jika tidak dengan IradahNya ,

Menzahirkan kebenaran pada diri , keluarga , masyarakat dan negara terlalulah amat susah jika tidak dengan tarbiah Rasul utusanNya , para ahlulbait yang dimuliaNya , jasa para sahabat yang menjadi pilihanNya juga para ulamak ahlul hak yang gigih berjuang dan wali yang sangat taqarrub dengan Ilahi mereka pewaris UtusanNya..

Syahid di jalan kebenaran adalah teramat susah jika tidak dengan TakdirNya...

Maka berusaha , dan rebutlah CintaNya yang Agung ... moga segala yang susah .. jadi senang kerana Kuasa Cinta AgungNya... kerana Kuasa Cinta RasulNya...sehingga bertemu kematian kita...bukankah mati sempadan bertemu Cinta AgungNya...

Lidah Tentukan Langkah Manusia Ke Syurga Atau Neraka


KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.
Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”
Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka.
Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap.
Sekiranya kata yang kita ucapkan boleh menyebabkan orang yang mendengarnya sakit hati atau terguris, ia boleh mendatangkan keburukan kepadai kita. Pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa.
Justeru, sebelum kita berkata sesuatu hendaklah berfikir terlebih dulu. Kita gunakan lidah untuk berkata sesuatu yang baik dan tidak sia-sia atau lebih baik lagi kita diam. Itu lebih memberi manfaat daripada kita berkata perkara yang boleh mendatangkan dosa. Sesungguhnya orang beriman tidak bercakap perkara yang sia-sia dan tiada berfaedah.
Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)
Menurut Rasulullah SAW ada tiga jenis manusia, iaitu yang mendapat pahala, selamat daripada dosa dan binasa.
Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingati Allah, berzikir, mengerjakan solat dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar, maksiat dan tidak mengawal lidahnya dengan baik.
Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.
Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”

Jadilah Kunci Kebaikan



“Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang menjadi kunci-kunci pembuka kebaikan dan penutup keburukan. Dan di kalangan manusia ada pula yang menjadi kunci-kunci pembuka keburukan dan penutup kebaikan. Maka beruntunglah orang yang Allah jadikan kunci-kunci kebaikan di tangannya dan celakalah bagi orang-orang yang Allah jadikan kunci-kunci keburukan di tangannya”.[ Ibnu Majah, Dari Anas R.a dihasankan oleh Al-albani]
Jadilah pemegang kunci kebaikan kerana ia akan mendapat keredaan Allah dan balasan syurga. Jadilah hamba Allah yang soleh dengan menunaikan kewajipan dan menghindari kemungkaran serta mengajak orang lain juga menjadi sepertinya. Golongan ini sentiasa mempromosi kebaikan dan perkara yang diredai oleh Allah SWT. Orang ramai akan mencarinya bila mempunyai sesuatu keperluan berupa kebajikan malah dia bersedia untuk membantu orang lain dengan senang hati tanpa upah dan ganjaran.Memadailah ganjaran di sisi Allah di akhirat kelak.
Jangan jadi golongan yang kedua iaitu pemegang kunci keburukan. Golongan ini melakukan kejahatan malah turut mendorong orang lain untuk melakukannya. dia mempromosi perbuatan maksiat dan dosa. Dia mendapat dosa malah turut memikul dosa orang yang mengikutinya. Sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud :
“Sesiapa yang memulakan satu sunnah yang baik di dalam Islam dia akan memperolehi ganjarannya dan ganjaran orang yang melakukannya selepasnya dengan tidak kurang sedikitpun ganjaran mereka. Dan sesiapa yang memulakan satu sunnah yang buruk di dalam Islam dia akan menanggung dosanya dan dosa orang yang melakukannya selepasnya dengan tidak kurang sedikitpun dosa-dosa mereka.( Imam Muslim )
Hindarilah diri dari menjadi pemegang kunci kejahatan ini kerana dosa yang bertimbun-timbun terpaksa dipikul akibat menjadi ikutan oleh orang lain. Era IT yang serba canggih pada masa kini ramai benar pemegang kunci keburukan boleh dilihat di laman blog-blog dan laman sosial. Terdapat individu muslim yang menjadikan blog peribadi mereka sebagai sumber dosa dan maksiat. Dia meletakkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat, separuh bogel, promosi filem dan video lucah, cerita-cerita berunsurkan fitnah dan gosip yang tidak berasas malah turut mempromosikan artis-artis kafir dan musyrik serta memujanya secara melampau-lampau. Bukan sedikit pengunjung blognya. Entah berapa ‘bukit’ dosa yang terpaksa dia pikul akibat memegang kunci kejahatan itu.
Namun Alhamdulillah tidak kurang juga mereka yang ‘celik hati dan akhirat’ memilih untuk memegang kunci kebaikan. Mereka berkongsi ilmu agama dan ilmu keduniaan yang bermanfaat yang boleh dikongsi oleh orang lain. Sungguh beruntung mereka ini. Mereka mendapat pahala dengan sebab orang lain mengambil faedah dari blog-blog mereka. golongan ini akan terus mendapat pahala selagi ilmunya dimanfaatkan walaupun telah meninggal dunia sebagaimana maksud hadis nabi saw. Semoga Allah merahmati dan membimbing kita agar menjadi pemegang kunci kebaikan dan menjauhkan kita dari menjadi pemegang kunci keburukan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita ke jalan yang diredaiNya.
Hendaklah kita mengajar kebaikan kepada orang lain.
Dengan pengajaran yang dilakukan akan memberi kesempatan kepada ramai orang lain untuk menerima dan menimba kebaikan.
Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyerukepada kebaikan."
"Barang siapa yang menunjukkan (seseorang) kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya." - (Hadis Riwayat Muslim).
Senantiasa mempelajari dan mengkaji kebaikan
Seseorang yang mempelajari dan mengkaji ilmulayak disebut sebagai kunci pembuka kebaikan. Dengan belajar maka pada akhirnya ia akan terdorong untuk mengajarkan kebaikan yang dipelajarinya.
"Sebaik-baik orang dikalangan kamu adalah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya kepada orang lain" – HR Bukhari .
Dengan belajar, seseorang akan menghidupkan kembali ilmu gurunya yang mungkin hampir mati.
Sentiasa mengamalkan kebaikan
Seseorang yang mengerjakan kebaikan akan dianggap kunci pembuka kebaikan kerana dengan mengamal kebaikan bererti ia memberikan contoh dan teladan kepada orang lain agar ikut mengerjakan kebaikan juga. Mengajar dengan contoh teladan lebih berkesan daripada mengajar dengan lisan.
Abu Darda' berkata: "Tidaklah kamu dianggap sebagai orang alim sehingga kamumengamalkan ilmumu".
Sentiasa mendukung proses belajar dan mengajar pelbagai bidang kebaikan.
Sekiranya seseorang tiada kesempatan untuk belajar dan tidak mampu mengajar maka hendaklah ia menjadi orang yang memberi kemudahan kepada orang-orang yang mengajar dan belajar untuk melakukan kebaikan.
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan ketaqwaan." (Al Maidah ayat 2)
Memberikan bantuan atau kemudahan kepada sesiapapun yang hendak mengamalkan kebaikan.
"Barangsiapa yang menyiapkan perbekalanuntuk orang yang berperang di jalan Allah maka ia akan mendapatkan pahala orang yang berperang." (Muttafaqun 'alaih).
Menjadi penggembira dan memperlihatkan sikap bersahabat kepada penyeru kebaikan.
Seorang yang hadir dalam sebuah majlis kebaikan, meskipun hanya ikut-ikutan dan tidak serius melakukannya, juga layak dianggap sebagai kunci pembuka kebaikan sehingga layak mendapat keampunan dan rahmat Allah.
Dalam sebuah hadis Qudsi Allah berfirman:
"Saksikanlah olehmu bahawa Aku telah mengampuni mereka semuanya," Malaikat berkata: "Diantara mereka ada si fulan, ia bukan sebahagian daripada mereka, kerana sebenarnya ia datang untuk suatu keperluan." Allah berfirman:"Sesungguhnya Aku juga telah mengampuninya. Kerana mereka adalah suatu kaum yang barangsiapa duduk bersama mereka, maka tidak akan mengalami kesengsaraan." (HR Muslim).
Rujukan: Fakhruddin Nursyam, Lc, Syarah Lengkap Arba'in Da'awiyah – Teladan Aplikatif Dakwah Rasulullah, Bina Insani Press Solo, September 2006