TA'ARUF BERSAMA UMI

Sayang Anak-anak Ummi...

Friday, October 22, 2010

SAHABAT SELAMANYA...

Assalamualaikum...
Kehadapan semua sahabatku sekalian,kehidupan bagaikan kapal 'titanic' yang dibina untuk tidak karam tetapi sebaliknya.Inilah lumrah hidup aku.Aku ingin untuk bertemu dengan rakan karib lama aku tetapi tak ada masa.Yela kitorang sekarang ni dah sekolah menengah bukannya sekolah rendah lagi.Walaupon aku berusia 13 tahun tetapi delima telah menghantui aku.Aku tak tahulah kenapa aku kena bercinta sedangkan aku masih lagi kanak-kanak 'maybe'.Wahai sahabat-sahabatku dengarlah rintihan hati ini yang dahagakan kasih & sayang kalian semua...

LAGU TEMAN

Pertama kali kita berjumpa
Tidak kepastiaannya ternyata...
Diriku dipenuhi soalan
Ku tiada teman...

aku terlihat insa yang keliru
air yang deras mencermin wajahku
engkau menjelma memberi harapan
menghulur tangan...

Sempena hari mulia ini...
aku tersenyum mengimbasi kembali
Semua yang kerap kita mengadukan
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan

detik masa kini kedengaran
aku ucapkan selamat jalan
kepada teman yang sering menghibur  
dengan gurauan

Bagaikan anak yang baru dilahir
Titisan mata pun mula mengalir
disimpang jalan kita menyebut
kata terakhir...

Whoa... Hooaa...

Sempena hari mulia ini
aku tersenyum mengimbasi kembali
semua yang kerap kita mengadikan
kini jadi bahan rindu yang ku simpan

Ku hargai semua yang terjadi
memang nyata dirimi takkan ada pengganti
semoga kita dapat bertemu semula
kerana aku yakin engkau akan sentiasa di hatiku...

Thursday, October 14, 2010

TAHNIAH KEPADA DIANA & KIM...

Assalamualaikum,semua.Aku nak ucapkan tahniah kepada Diana sebab dia akan mendapat adik perempuan yang baru.Dan kepada Kim pula tahniah sebab akan mendapat adik ipar yang baru.Kepada Kim aku nasihatkan kau supaya cepat-cepat la masuk minang.Aku tak sabar ni nak makan nasi minyak...hehehe...Aku doakan semoga hubungan yang sekian lama telah dibina diantara korang berdua akan membuahkan hasil (jodoh).Sampai disini sahaja pertemuan kita kali ini.Wassalamualaikumwarahmatullahitaala hiwabarokatu.

Sunday, October 10, 2010

JATUH CINTA...??

Assalamualaikum,semua.Ermmm...korang semua ada rasa cinta tak?Aku pasti korang semua pasti ada rasa cinta,kasih,rindu,dan sayang.Begitu juga dengan aku.Aku harap dalam masa 5 atau 6 tahun ni aku tak nak bercinta sebab masa ini adalah nasa yang sangat dan paling sesuai untuk aku mengejar cita-cita aku.Aku bercita-cita untuk menjadi seorang doktor sebab aku suka merawat orang.Mungkin kat luar sana ramai yang terpikat pada aku tapi aku takkan layan 'mood' diorang tu sebab mungkin mereka ada niat untuk menghancurkan masa depan aku.Jadi aku berharap sangat kepada korang semua supaya tak bercinta sekarang terutamanya budak-budak sekolah menengah lagi-lagi yang tingkatan satu.Kalau bercinta pun lafazkan kata cinta korang itu dalam hati sahaja tak payah lah nak bagi tau orang yang korang dah dilamun cinta.Biarlah lafaz cinta itu tersusun kemas didalam hati korang.Kalau korang lafazkan cinta itu dalam hati korang,aku pasti tak ada siapa pun yang tahu kecuali Allah.Sampai disini sahaja pertemuan kita kali ini.Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarokatu.

TAHNIAH NURUL ALINA

Assalamualaikum,semua.Aku ingin mengucapkan tahniah kepada Nurul Alina Kassim sebab telah menjadi follower aku yang 'PERTAMA'.Apa lagi,yang kat luar sana tu jom la join blog aku.Ada hadiah misteri sedang menunggu anda.Well,setakat disini sahaja pertemuan kita kali ini,wassalamualaikumwarahmatullahitaalawabarokatu...

MAJLIS PERKAHWINAN DR SHEIKH MUSZAPHAR & DR HALINA (Tarikh keramat tahun 2010)

Assalamualaikum,semua.Hari in adalah tarikh keramat bagi tahun ini iaitu 10/10/10.Tarikh keramat itu juga menjadi saksi kepada seluruh dunia apabila Dr Sheikh Muszaphar pergi ke angkasa lepas dengan menaiki Roket Soyuz TMA-11tiga tahun  lepas.Dan tarikh keramat itu juga menjadi saksi pernikahan beliau bersama pasangan sehidup semati pilihan hatinya iaitu Dr Halina yang berlangsung di Masjid Tuanku Zainal Abidin.Semoga istana mahligai yang telah mereka bina kekal hingga ke akhir hayat dan diserikan lagi dengan kehadiran anak dan cucu serta cicit insyaAllah.Sekian wabilahitaufikwalhidayah wasalammualaikumwarahmatullahitaalawabarokatu.