TA'ARUF BERSAMA UMI

Sayang Anak-anak Ummi...

Thursday, January 12, 2012

.:10 Sebab Seseorang Itu Mendapat Hidayah:.



Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang di antara satu sama lain tidak sama. Di antara 10 sebab seseorang itu mendapat hidayah yang dapat disenaraikan di sini adalah seperti berikut:

1. Dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana berkeluarga. Orang ini agak bernasib baik.

2. Dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang seperti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).

3. Orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.

4. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideologi serta bergaul dengan golongan-golongan itu maka akhirnya mereka bertemu dengan kebenaran.

5. Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.

6. Orang yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi maka di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia kembali mendekati diri kepada Allah SWT.

7. Orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat
atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih dan lain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.

8. Orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya-raya, kenderaan yang mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak-peranda, krisis sering berlaku, kasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebahagiaan di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.

9. Orang yang dia sendiri mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak-peranda lantas dia insaf dan sedar dan akhirnya mencari jalan kebenaran.

10. Orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al Khattab dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW.

.:Merentas Desa:.

Assalamualaikum dan salam sayyidul Ayyam semua,

MasyaAllah, lengguh tengkuk ana ni.Mana taknya baru balik dari acara Kejohanan Merentas Desa.MasyaAllah, hebat-hebat belaka pelajar yang berlari tadi.Alhamdulillah selepas 5 jam "menjemur" muka di tengah padang dibawah sinaran matahari dari 7.30 pagi akhirnya berakhir pada 11.30 pagi tadi.Tahun ni acaranya agak berbeza sedikit sebab ada cabut bertuah dengan hamper RM100.Rezeki budak-budak sekolah hari jumaat ni, Alhamdulillah...


P/s : Percaya pada diri anda.Kumpulkan keyakinan anda insyaAllah berjaya!