TA'ARUF BERSAMA UMI

Sayang Anak-anak Ummi...

Monday, February 28, 2011

SAYA AKAN BIMBING PELAJAR SMK MERU !!!

Assalamualaikum semua....setelah Wani mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan yang amat mencabar...kini tibalah saat dimana Wani akan menggalas tanggungjawab yang besar...iaitu sebagai pembimbing rakan sebaya...tugas pembimbing rakan sebaya ialah membimbing rakan-rakan kita kearah kebaikan...mengubah yang teruk kepada yang baik dan mengubah yang baik kepada yang lebih baik...moto kami sebagai PRS di SMK Meru ialah "Bimbing diri sendiri dahulu sebelum membimbing rakan yang lain"...hebat juga moto kitorang tu...hehehehe...

Wani akan mula memakai pakaian uniform lengkap PRS dan memulakan tugas sebagai PRS pada hari selasa 1/3/2011 besamaan 26 rabiulawal bersamaan 1432 hijrah iaitu esok la....huh,amat berdebar-debar rasanya menanti hari esok...habis je kelas ICTL terus pergi ke bilik Bimbingan dan Kaunseling untuk bertugas...bermaksud saya mungkin akan mula bertugas dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang...wahhh !...lama seyh...hehehe...takpe takpe...kata nak timba pengalaman baru kan?...cuba korang kira dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang...perghhh!!!...5 jam la Wani bertugas...hohoho...biar betul?...ermmm...takpe Wani tak kisah pun...asalkan Wani bertugas daripada Wani lari dari tanggungjawab...

Opsss !..Wani lupa nak bagitahu yang 4,5,6 haribulan 3 ni Wani takde kat rumah..Wani pergi kem kepimpinan PRS...kem kepimpinan PRS ye bukan kem kepimpinan PRS dan Pengawas...hehehe...Wani dah tak boleh sabar dah ni...hehehe...ahaksss!!...oke2..budak yang selalu tengok Wani kat dalam surau tu PRS juga...ensem la juga...tapi dia tinggi sungguh and dia budak kelas belakang,kelas T-Tekun...nama dia Muhammad Rahmahtullah....wahhh!!....sedap la nama yang mak abah dia bagi..hehehe....harap-harap nanti dia ikut juga pergi kem...boleh la Wani kenal dia lebih rapat lagi...nak kenal dia lebih rapat ye bukan nak mengambil kesempatan....haishh...korang semua jangan salah faham sudah la ye...nanti kang orang masa depan saya (Nazmi) tu terasa pula...hehehe.....

cakap pasal Nazmi kan teringat pula kat dia...huhu...rindu sangat-sangat kat dia...dia kata dalam sebulan tu 1/2 kali je dia akan on9 sebab ada kerja sekolah banyak katanya...tapi yang saya kesian sangat kat dia sebab dia kata dia takde masa untuk berehat...kesian betul..eshhh2...Wani pun banyak kerja sekolah juga macam dia...tapi takde la sampai takde masa untuk berehat atau tenangkan fikiran sekejap...tapi kalau difikirkan balik Wani rasa Wani lagi teruk berbanding dia..yela,mana tak nya...Wani pukul 12.00 pergi sekolah pastu duduk dalam kelas dari pukul 1.00 hingga pukul 3.00 je...pukul 3.00 dah kene pergi perkarangan asrama SMK Meru sebab ada latihan kawat kaki PBSM...pastu kat rehat 5minit je...rehat minum air je tau tak makan pun...habis latihan pukul 6.00...nak ke kelas lagi...tu pun masuk kelas dah nak balik...pastu kene tanya kawan pulak tu ada kerja sekolah apa hari ni...


ermm....so kat sini Wani nak bagi tau kat kamu semua...yang pelajaran memang penting tapi jangan sampai terabai kesihatan kita...belajar,belajar jugak...kesihatan pun kena jaga...hehehe...ok la...dah panjang lebar Wani bebel ni..kang tak silap-silap ada yang bernanah telinga...gagagaga!!.....wassalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatu...

2 comments:

  1. Saya ex PRS SMK Meru bertugas sbgi prs selama 4 tahun...setiausaha tahun 2011...cuma saya nk tegur sikit kerja prs bukan untuk UBAH orang daripada buruk ke baik tetapi kerja prs adalah sekadar hanya memberi CADANGAN untuk kebaikan. kita tak boleh ubah orang itu melainkan diri sendiri. kena faham konsep prs itu sendiri dik oii...sekian

    ReplyDelete