TA'ARUF BERSAMA UMI

Sayang Anak-anak Ummi...

Thursday, August 4, 2011

Ular Sawa

Assalamualaikum,bismillahirrahmanirahim...



    Pertama kali dalam sejarah hidup keluarga Wani nampak ular sawa "LIVE" punya.Ular sawa yang Wani nampak ni bukan plastik ye tapi ORIginal punya orang kata "Terbaik Dari Ladang" hahahaha.Serius Wani kata ni la pertama kali nampak ular sawa.Memang besar betul dah macam badan adik lelaki Wani je.hehehe.Terkejut juga bila nampak ular sawa ni dan nasib baik tak masuk rumah just kat reban ayam ayah je tu pun nasib jugak sebab ayam ayah tak kena telan kalau tak meranalah dia.hehehe.Al maklumlah dah lama bela tetiba kena makan dengan ular sawa mestilah rasa hampa lagipun rumah Wani memang depan,belakang,kiri,kanan ada semak sebab tu la ular sawa tu jumpa rumah Wani.hehehe (masih cuak!,tangan mengeletar dari tadi tak ngenti-ngenti lagi)

Ceritanya begini :-

1) 10.00 malam : Ayah baru pulang dari surau selepas selesai solat terawih berjemaah dan rehat sebentar.Ayah masuk bilik adik(Izzati) untuk pasang penghawa dingin.Kemudian telefon ayah berbunyi kat dapur Wani pun ambil telefon dan terus bagi pada ayah yang sedang khusyuk menonton tv lalu ayah pun baca mesej yang masuk.Lepastu ayah telefon kawannya (tak tahu apa yang dibincangkan).

2)10.30 malam : Ayah masuk bilik dan bersiap-siap untuk keluar.Ayah kata nak pergi isi minyak motor ibu dan menyuruh Wani untuk menunggunya pulang.Jadi Wani pun tunggulah selama 30 minit (tak lama pong).Kebiasaannya kalau ayah keluar malam balik je rumah dia akan round satu rumah untuk memastikan keselamatan keluarga terjamin ( ayah pemimpin/khalifah yang bertanggungjawab).Lepas tu dia suruh Wani ambil torchlight kerana katanya ada benda terbang (bila difikirkan "mana ada hantu bulan ramadhan?").Tetiba ayah kata "Kak Long ! ada ular sawa kat luar.BESO.Ular nak makan ayam".Wani pun apalagi terkejut beruklah.

3)11.00 malam : Kawan- kawan ayah datang untuk tolong tangkap ular.Alhamdulillah, ular tersebut berjaya di"berkas" pada pukul 12.00 malam tadi.

4) 12.00 malam : Apalagi ?! bersembang lah !!!!!!!! hahahaha.....


~~~~~~~~~~~~~~~~THE END~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment