TA'ARUF BERSAMA UMI

Sayang Anak-anak Ummi...

Tuesday, August 2, 2011

Singel VS Couple : Seperti Masalah Yang Tiada Jalan Penyesalan

Assalamualaikum,bismillahirahmanirahim...


    Para pembaca yang dirahmati Allah sekalian, persoalan Single VS Couple seringkali diperkatakan.Kebiasaannya soalan ini selalunya bermain diminda pelajar sekolah.Tidak ketinggalan juga para bloger yang selalu membincangkanya.Ramai orang yang "single" tertanya-tanya "best sangat ke couple ni?".Soalan inilah yang selalu bermain difikiran para remaja yang masing "single-mingle".Bagi mereka selagi mereka tidak mendapat jawapan yang sebenar-benarnya bagi soalan itu mereka akan "single forever" kononnya.Bagi yang sudah ber"couple" sebaliknya pula dan mereka selalu bertanya "best sangat ke single ni?" dan jawapan yang selalu dikeluarkan ialah BOSAN.Logik ke kalau orang tanya soalan camtu dan jawapan ialah bosan? Fikir semula kawan-kawan.

   
    Soalan yang macam tu selalu ditanya oleh kawan-kawan Wani hampir setiap hari.Wani ni dahlah takde pengalaman dalam bab cinta-cinta ni dahtu soalan femes lak ni nak ditanya.Kadang-kadang Wani sampai buntu sehingga terdetik dalam hati "apalah sangat yang kau nak tahu pasal ni? kau yang lalui semua ni kaulah yang tahu.Aku ni tak lalui benda tu manalah aku tahu".Sampaikan Wani rasa dah tak larat nak jawab soalan ini.Kalau korang tengok kat dalam buku log PRS Wani tu dah berapa banyak dah pelajar yang meminta nasihat tentang ni.

    Sejujurnyalah ini padangan Wani terhadap masalah nilah.Kalau ada yang terasa harap diampunkan.Ini adalah pandangan Wani terhadap mereka yang masih "single" dan ingin tahu apa yang bestnya couple ni.Couple ini adalah satu budaya yang kurang sihat kerana ini adalah budaya barat bukannya budaya orang melayu/Islam.Couple ini sejenis budaya dimana wanita dan lelaki yang ajnabi bercinta tanpa ikatan yang sah maksudnya mereka bercinta tanpa ikatan pertunangan atau pernikahan.Untuk pengetahuaan para"single" diluar sana "couple" ni sometime boleh merosak dan menjatuhkan maruah orang perempuan sebab orang lelaki ni dia ada satu permintaan dimana permintaan tu akan membuat seorang wanita itu rasa terpaksa atau lebih tepat lagi "WAJIB" untuk melakukannya.Hati-hati kepada mereka kalau lelaki tanya soalan ni.Dan korang janganlah nak kata single forever sebab suatu masa nanti korang akan bercinta juga.

    Pandangan saya bagi "couple" yang ingin tahu apa yang bestnya single ni.Sejujurnyalah single ni lebih baik daripada couple sebab kita bebas untuk bergaul dengan siapa-siapa dan takde orang yang nak halang kita daripada nak berkawan dengan lain.Bagi mereka yang couple mereka akan sedaya upaya untuk memupuk sifat setia pada pasangannya.Hey all ! what the hell? kenapa mesti memupuk sifat setia pada pasangan? sepatutnya kita patut memupuk sifat setia pada Allah dengan berusaha meninggalkan larangannya.Sifat "setia" yang dimaksudkan mereka ialah tidak menduakan pasangan mereka.Andai katalah Wani ni dah couple lepastu jatuh cinta kat orang lain lalu Wani pun couple dengan orang tu ini bermakna Wani ada dua orang kekasih.Itu hak Wanilah nak couple dengan siapa pun.Apa hak dia nak marah-marah Wani sedangkan antara Wani dengan dia takde apa-apa ikatan yang sah pun dan itu bermakna kepada mereka yang tengah couple anda masih mempunyai hak untuk menduakan kekasih anda selagi tiada ikatan yang sah antara kamu berdua.

    Sesungguhnya kawa-kawan Allah itu telah menyediakan kita dengan lelaki yang jauh lebih baik daripada lelaki yang menjadi kekasih kita sekarang.Allah itu Maha Adil buktinya Dia tak pernah melupakan tanggungjawabnya tentang jodoh,ajal dan maut kepada hamba-hambaNya.Jadi janganlah kita mencari cinta kerana cinta itu bukanlah bekalan untuk akhirat tetapi solat dan ibadah kita kepadaNya yang menjadi bekalan.Bf/Gf korang tu bukannya boleh dibawa sekali masuk kubur kalau korang takde nanti malah yang akan bersama dengan korang nanti ialah 2 malaikat,azab kubur,ular yang akan melilit badan korang,muka yang cantik/hensem menjadi hodoh serta doa anak-anak yang soleh(itu pun kalau mereka masih ingat pada yang sudah tiada).

        Huh ! panjang lebar betul pendapat Wani ni.hehehe.Sori lah korang sebab ada terselit perkataan "what the hell" tu saje je nak kasi gempak sikit.hahahaha.Jadi sebelum kita mencintai lelaki/wanita yang bukan mahram kita lebih kita cintai dulu Pencipta kita sebab kerana Dia kita hidup sebab dia yang bagi kita nyawa dan kepada Dia jualah kita kembali kerana Dialah yang memberi nyawa maka Dia jugalah yang menariknya semula, BUKAN boyfriend atau girlfriend kita.








No comments:

Post a Comment