TA'ARUF BERSAMA UMI

Sayang Anak-anak Ummi...

Thursday, August 25, 2011

Hampir Ke Penghujung



Assalamualaikum semua.Apa khabar ?Sihat ke ? Entry kali ni Wani nak kongsilah serba sikit perasaan Wani apabila dah berada dipenghujung ramadhan tahun ini.Bagi setiap manusia yang bergelar muslim pasti pada saat ini mereka berlumba-lumba memohon kepada Allah s.w.t supaya ditemukan dengan malam Lailatulqhadar iaitu malam yang Allah turunkan al-Quran kepada Utusan terakhirNya iaitu Muhammad dan malam yang lebih baik dari seribu bulan.MasyaAllah.Jadi, anda tidak mahu turut sertakah bersama-sama dengan umat Islam yang lain dalam kembara mencari Lailatulqhadar?...fikir-fikirkanlah....

Bila dah berada dihujung-hujung ramadhan ni biasanya ramai keluarga yang tengah sibuk untuk buat persiapan beraya contohnya seperti beli baju kurung/baju melayu,buat/beli biskut raya,bayar zakat dan macam-macam lagi.Tak ketinggalan juga keluarga Wani yang sibuk membuat persiapan raya.Macam-macam diorang buat itulah buat inilah.Allah pening kepala nengoknye.Biasalah tu dah nak dekat-dekat raya ni kan mesti semua sibuk buat persiapan so biarlah mereke.

Tatkala seluruh umat Islam sedang sibuk membuat kuih raya,menjahit baju ada juga yang tengah bersedih hati kerana ramadhan bakal mengundurkan diri kerana mahu memberi laluan kepada Syawal yang bakal menjelma.Wani pun begitu rasa macam tak percaya hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk berpuasa.Rasa macam sekejap sangat ramadhan tahun ni dan Wani rasa macam baru masuk minggu kedua ramadhan.MasyaAllah, kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun yang sebelum ni memang sampai ada yang separuh mati nak kerjakan ibadah puasa tapi tahun ini rasa macam mimpi sebab terlalu sekejap.Alhamdulillah, nikmat Allah tu sentiasa ada...

Minggu yang lalu Wani sekeluarga telah menghabiskan masa selama 2hari di rumah Opah di Bagan Datoh,Perak.Kepulangan kali ni Wani sambut dengan hati yang sayu kerana wajah yang Wani selalu nantikan sudah hilang buat selama-lamanya.Atok Wani dah selesaikan amanahnya di dunia dan sekarang dia telah menghadap Penciptanya Yang Maha Agung untuk dipersembahkan segala amalan semasa hayatnya.Apa yang Wani boleh buat sekarang hanyalah redha dan berdoa semoga Allah menempatkan arwah dikalangan para syuhada yang lain, Aminnnnn.Al-Fatihah....

Tapi bila difikirkan semula ada yang lebih merana & tersiksa daripada Wani.Ada yang dah nak dekat raya kena bunuhlah,kemalanganlah,rumah terbakar dan macam-macam lagi.Tapi kalau rumah terbakar lagilah kesian sebab mereka dah bertungkus lumus bekerja keras untuk mencari rezeki untuk menyambut ketibaan Syawal.Jadi kita yang keperluan dah ada didepan mata jangan sia-siakan sebaliknya kita hargai sesuatu itu walaupun tak seberapa.

Akhir kata Wani ingin mengucapkan selamat menyambut aidilfitri.Semoga aidilfitri kali ini memberi kita seribu dalam 1 iktibar dan kemanisan sebagai pedoman hidup.Dan Wani berdoa agar Wani dan kalian semua dapat bertemu dengan ramadhan pada tahun akan datang.Amin ya Rabb........

Wassalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatu...<3




No comments:

Post a Comment