TA'ARUF BERSAMA UMI

Sayang Anak-anak Ummi...

Thursday, May 19, 2011

Kejadian Paling Ngeri Dalam Hidup Wani !


Assalamualaikum semua.Dimalam yang nan dingin ini Wani nak kongsikan sedikit kisah lawak ngeri semasa menjawab kertas pertama peperiksaan pertengahan tahun tadi iaitu subjek Bahasa Melayu (2).Tapi sebelum itu izinkan Wani brundur diri untuk merehatkan minda yang tengah sesak ni.Macam biasalah sambung pagi esok sebab nak tido.hehehehe.ok2.Wani dah bangun dah , moh kita sambung cerita.

Macam ni,semalam merupakan hari pertama peperiksaan pertengahan tahun dan semalam ada dua kertas kena dijawab.Kertas pertama Bahasa Melayu (2) dan Science (2).So sekarang Wani nak cerita pasal kertas Bahasa Melayu (2).Ceritanya macam ni,masa Wani tengah dok khusyuk menjawab soalan Bahagian C Wani pilih soalan (a).Arah menyatakan panjangnya karangan mesti melebihi 180 patah perkatan.Tiba-tiba ! (bunyi guruh) Wani kehilangan idea masa tengah buat perengan ke-3.So Wani tinggalkan dulu karangan tu sebab masa dah tak banyak.Wani pon selaklah kertas kajang tu hingga ke helaian yang terakhir untuk menjawab soalan Bahagian D.Bila dah siap Bahagian D tu Wani pun sambunglah balik buat karangan tadi sebab dah dapat idea balik.Wani buat sampai 3 muka surat.Time cikgu cakap "Ok murid-murid, MASA SUDAH TAMAT  !".Wani dah cuak masa tu sebab tengah kira jumlah patah perkataa,lepastu kertas pulak Wani tak ikat lagi.Dalam keadan gelabahnya tu Wani koyakkan helain yang dah berisi jawapan dan TANPA DISEDARI ! rupa-rupanya Wani tertinggal lagi helaian terakhir Bahagian C.Itupun Wani perasan masa dah nak balik.Apalagi , dengan keadaan paniknya tu Wani lari sepecut yang boleh ke bilik guru lama untuk serahklan kepada cikgu kertas jawapannya.Huh ! serius memang seumur hidup Wani tak pernah lagi berlaku perkara yang macam ni.Kalau Wani tak bagi kat cikgu kertas jawapannya,hurmm,confirm Wani akan melalak hingga mengegarkan dunia sebab hilang 40 markah macam tu je.

Lepas itu Wani pun ceritakan lah kat sorang kawan Wani ni (kawan satu sekolah) pasal kejadian tu.Dan dia kata Wani patut bersyukur sebab sempat bagi kaertas jawapan tu kat cikgu.Ye,Wani amat bersyukur ke hadrat ilahi kerana memberi peluang kepada Wani untuk berjaya dalam peperiksaan.Mudah-mudahan markah Wani tinggi,insyaAllah....

No comments:

Post a Comment