TA'ARUF BERSAMA UMI

Sayang Anak-anak Ummi...

Showing posts with label Sahabatku Dunia Akhirat... Show all posts
Showing posts with label Sahabatku Dunia Akhirat... Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

.:Sahabatku:.

Assalamualaikum & selamat petang semua,


Semoga sahabat-sahabat ana semua sihat belaka dan sentiasa dibawah rahmatNya.Hari ini ana terpanggil untuk membuat sebuah post mengenai 'SAHABAT'.Memang benar sahabat itulah yang mengambarkan siapa kita kerana melalui sahabat kita boleh berubah menjadi lebih baik atau sebaliknya.Seperti ana, ana juga mempunyai sahabat dan alhamdulillah sahabat sahabiah ana semuanya baik belaka,sporting dan ikhlas dalam persahabatan.Ana terbuka dengan semua orang samada lelaki atau perempuan,kaya atau miskin,putih atau hitam itu semua ketentuan Allah.Asalkan orang sekeliling selesa dengan ana pun dah cukup.

Pernah tak korang semua dengar ada pepatah mengatakan 'kawan boleh jadi kekasih TETAPI kekasih tak boleh jadi kawan' ? ana rasa betul dan ana menyokong kenyataan tersebut sebab ada seorang sahabat ana jadi macam tu.Kadang-kadang ana kesian juga tengok dia sebab dia dah tak seceria dahulu.Tapi takpe lah asalkan dia sihat walafiat pun dah cukup.

Sahabat ni juga ada bermacam-macam kerenah.Ana ada kawan yang ramah,brutal,pemalu dan macam-macam lagi.Walaupun ana baru mengenali mereka selama satu tahun tapi waktu yang singkat itulah yang menceriakan hidup ana.Walau apapun , sahabat lama dan sahabat baru semuanya sama rata sahaja kasih yang ana beri.Kalau mereka ada masalah ana ada untuk membantu tanpa mengira.

Dalam persahabatan juga ada sahabat yang jatuh cinta pada sahabat yang lain tapi apa boleh buat sebab tak berani nak luahkan maka ia hanya jadi angan-angan.Ada juga sahabat sahabiah ana yang bercinta secara diam-diam tapi apa boleh buat dah jodoh so terima je lah seadanya.

Wahai Teman,
Tanpa engkau siapalah aku,
Tanpa engkau aku juga tiada teman untuk bercerita...

Wahai Teman,
Walau sesiapa pun engkau,
Engkau tetap sahabat yang terbaik dalam hidupku...

Wahai Teman,
Jangan kau putuskan ukhwah ini,
Kekalkanlah ia walaupun badai melanda...





Wednesday, May 18, 2011

Saya Masih Belum Perlukan Awak Lagi.


Assalamualaikum semua.Ok,malam ni Wani nak luahkan apa yang terbuku dihati Wani selama ini.Tapi kita sambung pagi esok k.Wani nak tidolah,penat,.Assalamualaikum dan selamat malam dunia.Hey2,jom kita sambung balik kita punya topik.Wani ada la sorang kenalan kat Facebook ni,nama dia "ustaz".
Saja je letak nama dia ustaz sebab Wani malaslah nak promate dia kat blog Wani sebab memang tak perlu dan Wani gelar dia ustaz sebab dia memang macam seorang ustaz sebab dia selalu bagi nasihat kat Wani.

Tapi korang nak tau tak rahsia besar dia ? haa,jeng2.Rupa-rupanya selama ni dia menyimpan perasaan kat Wani.Oh May Allah,Wani tak tau plak boleh jadi macam tu.dan Sebanyak dua kali dia lamar Wani untuk jadi kekasih dia.Tapi Wani tolak sebab Wani ada pendirian dan Wani juga ada maruah.Kerana kalau Wani terima lamaran dia ibarat Wani telah menempah tiket ke neraka kerana couple itu adalah satu cabang dimana boleh menjerumuskan diri kita ke lembah zina dan Wani pun sebenarnya takde perasaan pun kat dia cuma kawan je,tak lebih pun.Lagipun Wani belum bersedia untuk bercinta sebab Wani masih belajar,sekolah pun tak habis lagi.So,better Wani belajar la dulu sebelum bercinta.

Wani sentiasa berpegang pada pendirian Wani iaitu "BELAJAR untuk BERCINTA,BERCINTA untuk BELAJAR" maksudnya kalau kita nak belajar kita perlu mencintai sesebuah pelajaran tu begitu juga dengan cinta,kalau kita nak bercinta kita kena belajar dulu.Semua perkara yang kita nak buat kat dalam dunia ni semuanya perlu belajar dan perlu ada ilmu.Kalau tak ada ilmu macam mana kita nak lakukan sesuatu itu walaupun nak bercakap.Lagipun Wani dah ada yang berkenan dihati tapi biarlah rahsia(sebenarnya xde,sje kasi gempak).

So sampai disini sahaja bicara kita malam ni.Sekian, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatu. :)

Thursday, January 20, 2011

SAHABAT SEJATI SAYA AHMAD ASHRAF

Assalamualaikum semua...haa..adakah anda tahu siapa didalam gambar ini??haa..inilah dia kawan saya yang paling best,sporting,lawak dan lain-lain...nama dia Ahmad Ashraf..sedapkan nama dia???bukan nama dia je yang sedap malah wajahnya pun boleh tahan ensemnya..hehehehehe..dia ni dah macam abang saya sendiri tau sebab dia ambil berat pasal saya..dia form 3 sekolah kat SMK Bandar Tun Husein Onn 2..sangat petah berbahasa inggeris..kalah saya sebab tu la xberani nak speaking dengan sia..hahahaha..saya tak tahulah sama ada dia single ke atau dah ada girlfriend..yang penting dia seorang yang jujur..dia selalu cakap i love you kat saya..(selalu la jugak)..tapi saya xlayan sebab..saya rasa awak semua tahukan apa sebabnya..sayang dia?mestilah sayang..kalau tak saya takkan chat dengan dia n ceritakan masalah saya kat dia tau..and saya nak awak semua tahu yang dialah sahabat saya yang paling kelakar,bijak,baik n semualah yang ade kat dia..hehehehe..and saya harap salam ukhwah yang disambut berkekalan sehingga ke akhir hayat..dan walau apapun yang terjadi kami tetap sahabat!!..semoga dia capai apa yang dia impikan dan bahagia dunia dan akhirat..amin....