TA'ARUF BERSAMA UMI

Sayang Anak-anak Ummi...

Showing posts with label Hidup seorang hamba mulia. Show all posts
Showing posts with label Hidup seorang hamba mulia. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

.:Sahabatku:.

Assalamualaikum & selamat petang semua,


Semoga sahabat-sahabat ana semua sihat belaka dan sentiasa dibawah rahmatNya.Hari ini ana terpanggil untuk membuat sebuah post mengenai 'SAHABAT'.Memang benar sahabat itulah yang mengambarkan siapa kita kerana melalui sahabat kita boleh berubah menjadi lebih baik atau sebaliknya.Seperti ana, ana juga mempunyai sahabat dan alhamdulillah sahabat sahabiah ana semuanya baik belaka,sporting dan ikhlas dalam persahabatan.Ana terbuka dengan semua orang samada lelaki atau perempuan,kaya atau miskin,putih atau hitam itu semua ketentuan Allah.Asalkan orang sekeliling selesa dengan ana pun dah cukup.

Pernah tak korang semua dengar ada pepatah mengatakan 'kawan boleh jadi kekasih TETAPI kekasih tak boleh jadi kawan' ? ana rasa betul dan ana menyokong kenyataan tersebut sebab ada seorang sahabat ana jadi macam tu.Kadang-kadang ana kesian juga tengok dia sebab dia dah tak seceria dahulu.Tapi takpe lah asalkan dia sihat walafiat pun dah cukup.

Sahabat ni juga ada bermacam-macam kerenah.Ana ada kawan yang ramah,brutal,pemalu dan macam-macam lagi.Walaupun ana baru mengenali mereka selama satu tahun tapi waktu yang singkat itulah yang menceriakan hidup ana.Walau apapun , sahabat lama dan sahabat baru semuanya sama rata sahaja kasih yang ana beri.Kalau mereka ada masalah ana ada untuk membantu tanpa mengira.

Dalam persahabatan juga ada sahabat yang jatuh cinta pada sahabat yang lain tapi apa boleh buat sebab tak berani nak luahkan maka ia hanya jadi angan-angan.Ada juga sahabat sahabiah ana yang bercinta secara diam-diam tapi apa boleh buat dah jodoh so terima je lah seadanya.

Wahai Teman,
Tanpa engkau siapalah aku,
Tanpa engkau aku juga tiada teman untuk bercerita...

Wahai Teman,
Walau sesiapa pun engkau,
Engkau tetap sahabat yang terbaik dalam hidupku...

Wahai Teman,
Jangan kau putuskan ukhwah ini,
Kekalkanlah ia walaupun badai melanda...





Wednesday, September 7, 2011

Lemah Lembutnya Wanita



Ujar lelaki, wanita itu lemah

Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut…besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan… kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam…

Diam seolah-olah menerima…

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam, wanita terus menerus bekerja
Di pejabat sebagai kerani… di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat… celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat… di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah… bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah… bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat, menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah… terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju

Kaki dan tangan semua digerakkan dengan laju

Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Maghrib untuk sujud… Menyembah Yang Maha Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati… Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita…
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak

Membasuh pakaian, menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
” Kekayaan yang paling kaya ialah AKAL,
Kemiskinan yang paling besar ialah JAHIL,
Keburukan yang paling hodoh SESAT “

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..

Tanda-Tanda Kematian Mulia


KEMATIAN  Osama Bin Laden mengejutkan dunia.
Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita.
Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa Osama Bin Laden tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut.

Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam ‘Husnul Khatimah’ ataupun ‘su’ul khatimah.’Katanya, kematian Osama bin Laden masih lagi menjadi teka-teki. Mati ketika yang tiada bekalan dan persediaan adalah amat menakutkan.Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik ‘husnul khatimah’?Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:


1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika meninggal dunia Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)


2. Ketika meninggal dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)


3. Meninggal dunia pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Tidaklah seorang Muslim yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)


4. Mati syahid di dalam medan perang.


5. Mati dalam peperangan fisabilillah.


Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?
Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.
Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”
Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)


6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)


7. Mati kerana tenggelam.


8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.
Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)


9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.


10. Mati terbakar.


11. Mati kerana penyakit busung perut.
Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)


12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).
Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)


13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)


14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”


15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”


16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah

Sebuku Roti Penebus Dosa


Abu Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sebuku roti.”
Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga dia pun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri.

Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.
Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu.
Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendita yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti. Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin.
Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: “Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku.” Orang yang membagikan roti itu menjawab: “Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti.”
Mendengar ungkapan dari orang yang membagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.
Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam. Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.
Kepada anaknya Abu Musa berkata: “Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sebuku roti itu…”
Sesungguhnya, ALLAH MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG…
Hanya DIA penentu segala.
Wallahualam…

Wednesday, May 18, 2011

Saya Masih Belum Perlukan Awak Lagi.


Assalamualaikum semua.Ok,malam ni Wani nak luahkan apa yang terbuku dihati Wani selama ini.Tapi kita sambung pagi esok k.Wani nak tidolah,penat,.Assalamualaikum dan selamat malam dunia.Hey2,jom kita sambung balik kita punya topik.Wani ada la sorang kenalan kat Facebook ni,nama dia "ustaz".
Saja je letak nama dia ustaz sebab Wani malaslah nak promate dia kat blog Wani sebab memang tak perlu dan Wani gelar dia ustaz sebab dia memang macam seorang ustaz sebab dia selalu bagi nasihat kat Wani.

Tapi korang nak tau tak rahsia besar dia ? haa,jeng2.Rupa-rupanya selama ni dia menyimpan perasaan kat Wani.Oh May Allah,Wani tak tau plak boleh jadi macam tu.dan Sebanyak dua kali dia lamar Wani untuk jadi kekasih dia.Tapi Wani tolak sebab Wani ada pendirian dan Wani juga ada maruah.Kerana kalau Wani terima lamaran dia ibarat Wani telah menempah tiket ke neraka kerana couple itu adalah satu cabang dimana boleh menjerumuskan diri kita ke lembah zina dan Wani pun sebenarnya takde perasaan pun kat dia cuma kawan je,tak lebih pun.Lagipun Wani belum bersedia untuk bercinta sebab Wani masih belajar,sekolah pun tak habis lagi.So,better Wani belajar la dulu sebelum bercinta.

Wani sentiasa berpegang pada pendirian Wani iaitu "BELAJAR untuk BERCINTA,BERCINTA untuk BELAJAR" maksudnya kalau kita nak belajar kita perlu mencintai sesebuah pelajaran tu begitu juga dengan cinta,kalau kita nak bercinta kita kena belajar dulu.Semua perkara yang kita nak buat kat dalam dunia ni semuanya perlu belajar dan perlu ada ilmu.Kalau tak ada ilmu macam mana kita nak lakukan sesuatu itu walaupun nak bercakap.Lagipun Wani dah ada yang berkenan dihati tapi biarlah rahsia(sebenarnya xde,sje kasi gempak).

So sampai disini sahaja bicara kita malam ni.Sekian, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatu. :)

Monday, December 27, 2010

KISAH CINTA PERMATA YANG DICARI...(Hidup seorang hamba mulia)

Assalamualaikum semua...kisah kita kali ni adalah 'Hidup seorang hamba mulia'..mengisahkan seorang wanita yang digelar sebagai "Permata Yang Dicari" didatangi oleh 3orang lelaki yang sangat kacak dan ketiga-tiga orang lelaki ini juga memiliki ciri-ciri lelaki idamannya..pada mulanya dia didatangi oleh seorang kawan sekolah rendahnya seatu ketika dahulu yang selalu mengacaunya dan kini menaruh hati terhadap Permata Yang Dicari..setelah dia meluahkan perasaannya terhadap Permata Yang Dicari maka Permata Yang Dicari pun menerima cinta si sang sahabat tadi..kemudian Permata Yang Dicari didatangi pula seorang lelaki yang juga merupakan rakan sekolah rendahnya suatu ketika dahalu..lelaki itu sangat kacak dan juga memiliki ciri-ciri lelaki idaman Permata Yang Dicari..Permata Yang Dicari sedar bahawa dirinya telah dimiliki..tetapi disebabkan kata-kata dan wajah tampan yang dimiliki oleh lelaki itu maka Permata Yang Dicari pun bersetuju untuk menjadi kekasih kepada sahabat lelaki ini tadi..tetapi hubungan ini tidak berkekalan lama kerana akhirnya si sahabat lelaki ini telah mengetahui bahawa Permata yang dicari mempunyai teman lain..lelaki itu amat kecewa kerana Permata Yang Dicari telah memainkan perasaannya..kini lelaki itu tidak mahu lagi bercakap dengan Permata Yang Dicari..Permata Yang Dicari amat menyesal kerana telah mengecewakan sahabatnya..akhirnya mereka berdua mengambil keputusan untuk tidak berbicara lagi..kini mereka bersendirian tidak bertegur sapa langsung..bertanya khabar pun tidak lagi..kini Permata Yang Dicari didatangi oleh seorang lagi lelaki..lelaki ini juga meyimpan perasaan terhadap Permata Yang Dicari..Permata Yang Dicari memang telah menyangka akan semua ini..tetapi Permata Yang Dicari tidak mengendahkan perasaan itu padahal Permata Yang Dicari juga memiliki perasaan yang sama terhadap lelaki itu tadi..tapi Permata Yang Dicari tidak mahu curang terhadap kekasihnya maka Permata Yang Dicari pun biarkan sahaja perasaan itu...kini Permata Yang Dicari sedang bahagia disisi kekasih hatinya..mereka juga sudah berbicara tentang rumahtangga dan mereka juga sudah berbicara mengenai masa depan mereka......ikuti kisah selanjutnya pada kisah yang akan datang..wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu