TA'ARUF BERSAMA UMI

Sayang Anak-anak Ummi...

Sunday, November 20, 2011

.:Syukur:.

Assalamualaikum & selamat pagi semua,


Manusia memang gemar mengejar kejayaan didunia sehingga kadang-kadang terlupa untuk mengejar kejayaa akhirat dan rahmatNya.Tanpa ikhlas kejayaan yang mereka peroleh itu akan menjadi lagha (sia-sia).Mulakan sesuatu perkerjaan dengan lafaz bissmillahirahmanirahim besertakan hati yang ikhlas dan akhirilah sesuatu perkerjaanmu dengan lafaz alhamdulillah apabila memperoleh hasil yang baik.

Sebagai hamba yang kerdil kita haruslah bersyukur atas apa yang dikurniakan kerana Allah Maha Mengetahui segala yang diperlukan oleh hamba-hambaNya.Belajarlah untuk sentiasa bersyukur atas nikmatNya.Tak takut ke sahabat sahabiah ana ni kalau Allah lebihkan nikmatNya kemudian kita lalai dan terus melupakanNya kerana salah satu cara untuk mengetahui bagaimana Allah tidak sayangkan kita adalah dengan Allah mengurniakan nikmatNya sehingga melimpah ruah dan tak terucapa lafaz alhamdulillah sebagai tanda terima kasih padaNya.MasyaAllah...

Buat sahabat-sahabat yang ana kasih jagalah akhlak kepada Pencipta kita dan bersyukurlah dengan apa yang ada kerana yang sikit itu tak merugikan malah menguntungkan.

Salam subuh semua ^_~

No comments:

Post a Comment