TA'ARUF BERSAMA UMI

Sayang Anak-anak Ummi...

Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru


Assalamualaikum semua,korang apa khabar ? Sihat ? Wani ada berita baik ni,sekarang Wani dah sihat,dah xbatuk-batuk lagi,syukur alhamdulillah.Seperti yang korang semua sedia maklum semalam ialah Hari Guru dan sepatutnya semalam Wani datang ke sekolah buat persembahan tapi apa boleh buat dah ibu Wani kata ayah ajak balik kampung so ikut je la dengan berat hati.Tapi nak buat camne redha je la.

Korang nampak tak gambar kat atas tu ? nampak tak,nampak tak ?! tengok betapa bersungguh-sungguhnya cikgu tu ajar anak muridnya demi masa depan yang cerah untuk muridnya.Macam tu la Wani masa zaman sekolah rendah dulu.daripada tak tahu apa-apa akhir tahu tentang sesuatu perkara.Daripada huruf ke nombor,dari nombor ke bilangan,dari bilangan ke perkataan dan seterusnya.



So korang nampak tak gambar sekolah kat atas ni ? nilah gambar sekolah rendah Wani dulu.Wani rindu sangat kat sekolah ni.agaknya bilalah Wani boleh jejakkan lagi kaki disana ?Wani rindu sangat-sangat dengan cikgu-cikgu and kawan-kawan Wani dulu.Wani nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru yang telah mengajar Wani dari darjah satu sampai darjah enam,dari tak tahu apa jadi tahu semua benda.Syukran jazilan ya ustazah wa ustaz.Jasamu tersemat dikalbuku.


Korang nampak tak gambar kat atas ni ? ok,ini la sekolah Wani.Wani baru 5 bulan setengah menimba ilmu disini didalam kelas 2 Fikir sebagai ajk bahasa(sejarah) dan berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) disana.Baru first kat sana Wani dah dapat ramai kawan tau.Classmate Wani memang sporting habis (girls je la , yang boys kureang..hehehe) best jugak study kat sini , semua kelengkapan mencukupi.kepada guru-guru semua,selamat hari guru !




Thursday, May 12, 2011

Selamat Hari Ibu , Ibu !



Assalamualaikum semua.Korang semua apa khabar sihat ? Wani disini kurang sihat sebab berjangkit dengan kawan Wani sorang tu.Ok,seperti yang korang semua tahu 8 Mei yang lalu semua makhluk dimuka bumi Allah ni telah menyambut hari ibu sedunia.

Korang semua Wani nak tanya sesuatu boleh ? Pernah tak korang sakitkan hati ibu korang ? macam teking dia,kutuk dia,tak pedulikan dia dan tak mengaku dia mak korang ? pernah ke ? if pernah Wani sarankan korang supaya cepat mohon keampunan dari ibu korang selagi dia masih bernafas.Ingat,kerana dia dan bapa kitalah kita sekarang ni dapat melihat muka bumi Allah yang indah ni.Tanpa mereka tiadalah kita digelar sebagai "Insan Cemerlang" dimuka bumi Allah ini.






Disini Wani ingin mengambil kesempatan untuk memberi sedikit nasihat la pada korang semua,ibu tu umpama sebuah permata yang berharga.Andai hilang sebutir permata yang berharga itu manakah akan dicari gantinya ? ibu tu tiada gantian atau spearpart nya macam nak betulkan kereta dan ibu juga bukan bf/gf untuk korang tukar-tukar.Ibu itu hanya ada satu,satu je tau.Kalau Allah tu kata dia nak ambil ibu korang sekarang,sekarang juga nyawa dia boleh pergi.Sebab tu la kita kena hormati ibu bapa sebab kalau diorang dah takde and korang plak tak sempat nak minta ampun,cayalah korang akan menyesal seumur hidup.


Wani pun sama juga macam korang.Pernah lukakan hati ibu yang tersayang.Wani pun manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan dan belajar dari kesilapan.Dikesempatan ini Wani ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita didunia yang bergelar ibu.Semoga para ibu sedunia mendapat semangat baru untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik,insyaAllah.


Dengan ini Wani tinggalkan 2 video utuk tontonan semua


 

Sekian wassalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatu



Wednesday, May 4, 2011

Terima Kasih Muhammad Hakimi

Assalamualaikum semua.Apa khabar ? Sihat ke ? Entry kali ni khas untuk kawan Wani yang bernama Muhammad Hakimi bin Yasrizul.Thank you ye Hakimi sebab tolong saya.Dia ni kira macam bestfriend juga la sebab time Wani perlukan dia,dia mesti ada.Itulah yang membuat Wani selesa dan suka berkawan dengannya walaupun dia kelas belakang.(kelas belakang pun Wani tengok dia tu lebih pandai dari Wani).

Sebenarnya Wani dikacau oleh budak-budak lelaki yang Wani kurang kenal.Disebabkan Wani dah rimas dan tak tahan sangat dengan diorang semua,apalagi disebabkan akal Wani yang panjang ni Wani pun repot la kat si Kimi tu suruh dia sound budak-budaknya.Alhamdulillah dia nak tolong kalau buatnya dia taknak ? Ermm,rasanya mesti Wani tak jejakkan kaki lagi kat sekolah tu hehehehe.

And alhamdulillah so far mereka-mereka yang kacau Wani tu dah tak kacau lagi.Lega rasanya dapat kawan macam tu.Hehehehe.Syukran jazilan ye Kimi.Tak terucap lafaz terima kasih ni.hahaha.

Ok lah kawan-kawan ku sekalian,Wani nak masuk tido.Esok kene datang sekolah pagi sebab ada latihan koir sempena hari guru dan perjumpaan semua PRS.Hope korang doakan yang terbaiklah untuk Wani semoga Wani cemerlang dunia akhirat sebab 2minggu lagi Wani akan menjalani peperiksaan pertengahan tahun.Before ni Wani dapat nombor corot la juga dapat 34.hurmm.Nak dibandingkan dengan masa Wani sekolah kat SMK(P)Kapar kat sana Wani dapat nombor 1.kira pelajar terbaikla.hehehe.so kesimpulannya disini kene selalu ulang kaji,sekolah kat mana-mana pun sama je tapi prestasi kita yang menunjukkan kebolehan kita.

Sekian,wassalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatu.

KAUNSELING DYANA AZRY

Assalamualaikum semua...huhu..terasa nak menangis sebab dah lama sangat tak bukak blog ni...kali ni Wani nak cerita pasal seorang kawan Wani yang bernama Nor Dyana Azry.Dia minta Wani bagi nasihat/kaunseling/bimbingan la kat dia about something.Walaupun kitorang sama-sama jadi PRS tapi apa salahnya kan kalau Prs yang lain minta kaunseling kat kita.itu bermakna kita ni dipercayai.

Entry kali ni Wani tak boleh nak cerita yang detail sangat pasal masalah dia sebab diantara kaunselor kecil(PRS) dan klien semua adalah rahsia.So senang cerita ni masalah yang berkaitan dengan soal hati la.Alhamdulillah dia dah buat keputusan yang bijak.Walaupun apapun Wani harap dia lebih arif lagi la pasal benda-benda yang macam ni.

Sekian,wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu.

Sunday, April 24, 2011

عيد ميلاد سعيد (Selamat Hari Lahir)

Assalamualaikum semua...hehehe...ok...entri kali ni Wani buatkan khas untuk adik Wani yang tersayang dan yang paling rapat...iaitu Muhammad Azizi...hari lahir dia hari ini 16/04/2000...berdasarkan dari tahun lahir dia itu bermaksud dia sudah genap berusia 11 tahun...I Love You !

Friday, April 15, 2011

Give Away dari Nelly dan Mas untuk BLOGGER






Assalamualaikum semu...hehehe...apa khabar?semua sihat?...rasanya dah lama juga Wani tak update blog ni...kalau tak salah Wani lebih kurang 2bulan lebih tak bukak...oke2...so,korang nampak tak banner kat atas ni?...oke...Wani sebenarnya tak berapa tahu sangat pasal GIVE AWAY ni...maklumlah pertama kali join "giveaway-giveaway" ni...tapi tak salahkan kita mencuba sesuatu yang baru untuk suatu kebaikan kearah kemajuan yang memberangsangkan...takpe la...kita cuba je la...kalau menang alhamdulillah la...kalau kalah nasib badan la...hehehe...kalau kawan-kawan semua nak join boleh...tapi kene ikut la syarat yang telah ditetapkan ye...

1. Follow Blog Mas Ahmad Safwan dan Nelly The Strange supaya senang berhubung untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut : 


2. Copy Banner di atas atau Copy coding dan letak pada Top Post Entry dan kalau perlu letak pada SideBar korang ya serta Tajuk Entry anda hendaklah bermula "Give Away dari Nelly dan Mas untuk BLOGGER"


3. Pada Entry anda , hendaklah seperti yang berikut dan jawab seKREATIF yang boleh :

  • Apa Pendapat Anda Tentang BLOG Mas Ahmad Safwan dan Nelly the Strange
  • Kenapa nak JOIN Give Away dari Nelly dan Mas ?

4. Hadiah untuk GiveAway kali ini sangat MISTERI dan hanya kami berdua yang tahu.


5. Pemenang bergantung kepada KAMI sebab ini adalah RAHSIA :


6. Mas dan Nelly tidak akan beritahu tarikh tutup , mungkin 24jam dari sekarang , BESOK ke , LUSA ke , dan ini bergantung kepada KAMI ya , so cepat-cepat la JOIN


7. Tag kepada 3 orang kenalan anda dan pastikan mereka tahu mereka di TAG oleh anda 


8. Linkkan ENTRY anda pada comment entry kami berdua :
__________________________________________________________________


so untuk jawapan soalan nombor 3 tu Wani akan jawab dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim...
 *Tentang blog Mas Ahmad Safwan
ok...kalau kawan-kawan nak tau blog abang ni memang menarik sangat...dengan background dia yang simple  lepas tu kalau kawan-kawan semua follow blog abang ni cuba kawan-kawan perhatikan betul-betul muka manusia berkepala satu ni...ya Allah sungguh muka dia macam penyanyi kumpulan Bunkface tu yang namanya Sam...subhanallah,benar kata para ulama yang manusia didunia mempunyai 7wajah yang serupa....dan kawan-kawan tengok la blog abang tu semuanya ada...kalau blog Wani ni elelele...apa je yang ada?...blog Wani ni apalah sangatkan berbanding dengan blog orang tu followersnya dah nak dekat seribu lebih...blog Wani ni berapa je followers nya...

*Tentang blog Nelly The Strange
ok...wahai kawan-kawan sekalian sekarang Wani nak cerita plak pasal akak Nelly ni...ok sungguhnya Wani cakap dia ni memang comel...tersangatlah comelnya...dengan pipi nya yang tembam tak tentu pasal pastu muka dia yang putih lagi gebu tu...hahaha..ok,blog akak ni pun macam blog abang Mas jugak...memang menarik...background blog dia so simple...and lagi satu nama dia unik la...Elvy Nellysha...haaa...tu la nama dia...unik kan?...hehehe...suka la puji akak ni...(jangan kembang ye wahai kakak..hehehe)

________________________________________________________

dan untuk soalan nombor 7 tu...yang disuruh tag tu..Wani nak tag
************************************************************************************
akhirnya siap juga meng'update' blog ni...hehehe..letih juga ye...mana taknya...Wani update entri ni selama 2 hari 1 malam...tak pernah dibuat orang...hahaha...ok...ini sahaja untuk bulan ini...nantikan entri yang akan datang ye kawan-kawan....
Wassalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatu...


Saturday, April 9, 2011

DISAPA DEN(Danial Faris)

Assalamualaikum semua...hehehe...serius Wani kata Wani happy gila hari ni...nak tau sebab apa Wani happy sangat-sangat hari ni?sebab hari ni Wani telah disapa oleh kawan lelaki sekelas dengan Wani...nama dia Danial Faris tapi orang panggil dia Den...hehehe...first time dia tegur Wani...tak sangka pula yang dia nak tegur Wani...hehehe...lepas dia tegur Wani apalagi kembang la...hahahaha...sengal betul la...hehehe...tapi bagus juga si Den tu sapa Wani...kalau Den tak sapa alamat sampai habais sekolah pun  kitorang tak bertegur sapa...betul tak?and terima kasih Den sebab tegur Wani hariu tu...hehehe...ok bye all...
Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu....