TA'ARUF BERSAMA UMI

Sayang Anak-anak Ummi...

Tuesday, December 20, 2011

.:Nak Kahwin:.

Assalamualaikum dan selamat malam semua,


Dah makan ke korang? kenyang ke tak? kalau tak kenyang lagi tambahlah lagi jangan segan silu, hehehe.Ana baru je lepas makan.Ya Allah, enaknya hanya Allah sahaja yang tahu maklumlah air tangan ibu katakan, terima kasih Ya Allah kerana Engkau memberi aku sekeluarga rezeki yang melimpah ruah.

Di kala malam yang dingin sambil menonton telefilem "Lady Boss" teringat plak kat sorang kawan ana ni yang secara tiba-tiba bercerita tentang kahwin (ape kne mengene?).Biasalah dia tu, pengaruh novel yang kuat.Hari-hari baca novel ni la jadi nye.Sampai kesitu diberangan malah berangan juga nak bernikah dengan anak raja.hoyoooo,MasyaAllah, terkejut beruk ana mendengar.Entah sihat lagi ke tak pemikiran dia tu.

Tapi kadang-kadang tu ana terfikir juga nak kahwin dan kadang-kadang pun ana fikir macam malas nak kahwin.Yelah, banyak asam garam rumahtangga ni lagi-lagi kalau perempuan.Asyik-asyik nak kena jaga hati ibu mentua je.Lagi-lagi kalau yang tak reti memasak tu, dahlah ana ni fail kalau memasak.Nasib badan...

Yang kena kahwin kontrak tu lagi la.Tapi ada ke kahwin kontrak dalam Islam?Takde rasanya.Apa-apa upacara yang dinamakan "Pernikahan" ia adalah sah disisi agama kerana di nikahkan dengan jurunikah yang diluluskan Jabatan Agama Islam dan bersaksi ia jatuh hukum SAH

Papepon ana doakan sahabat-sahabat ana dikurnian kan suami/isteri yang soleh dan solehah.

P/s:jodoh pertemuan, ajal maut ditangan Tuhan.Baik buruk mereka, hormatilah mereka selagi mereke masih menyayangi anda.

No comments:

Post a Comment