TA'ARUF BERSAMA UMI

Sayang Anak-anak Ummi...

Sunday, December 4, 2011

.:Nyanyian Yang Mengejutkan Penonton:.

Assalamualaikum dan selamat petang semua,


MasyaAllah, sebak dengar lagu ni.Lihatlah dunia kita ni ramainye yang "free hair"....kenapa boleh jadi macam tu?Nyanyian yang mengejutkan penonton, nasihat hijab untuk para wanita. Berhijablah wahai wanita-wanita Islam sesungguhnya kebaikan menanti kamu. Jangan takut dan jangan segan kecantikan itu pasti bersama.

harap2 penonton belakang sana tu dan pendengar yang belum mengenakan hijab pada kepala mereka silalah berbuat demikian dengan segera kerana ajal tidak mengenal masa,umur,pangkat dan harta....

Tuesday, November 29, 2011

.:Salam Maal Hijrah 1433:.

Assalamualaikum & selamat petang semua,


Pejam celik,pejam celik sudah masuk tahun baru Islam rupanya.Hari ini ana baru berkesempatan untuk mengupdate blog ana.Banyak post yang ana baca di Facebook,Twitter dan Blog yang membuat ucapan 'salam maal hijrah'.Ana ni pula baru hari ini dah 4muharram dah pun.

Alhamdulillah, ana bersyukur sangat sebab masih bernafas pada awal muharram lepas.Sesungguh Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Lihatlah diri ana yang banyak melakukan khilaf ini masih dihidupkan sehingga ke hari ini Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun kerana masih memberi ana peluang untuk bertaubat kepadaNya.

Salam Maal Hijrah 1433 ^_~

Sunday, November 20, 2011

.:Syukur:.

Assalamualaikum & selamat pagi semua,


Manusia memang gemar mengejar kejayaan didunia sehingga kadang-kadang terlupa untuk mengejar kejayaa akhirat dan rahmatNya.Tanpa ikhlas kejayaan yang mereka peroleh itu akan menjadi lagha (sia-sia).Mulakan sesuatu perkerjaan dengan lafaz bissmillahirahmanirahim besertakan hati yang ikhlas dan akhirilah sesuatu perkerjaanmu dengan lafaz alhamdulillah apabila memperoleh hasil yang baik.

Sebagai hamba yang kerdil kita haruslah bersyukur atas apa yang dikurniakan kerana Allah Maha Mengetahui segala yang diperlukan oleh hamba-hambaNya.Belajarlah untuk sentiasa bersyukur atas nikmatNya.Tak takut ke sahabat sahabiah ana ni kalau Allah lebihkan nikmatNya kemudian kita lalai dan terus melupakanNya kerana salah satu cara untuk mengetahui bagaimana Allah tidak sayangkan kita adalah dengan Allah mengurniakan nikmatNya sehingga melimpah ruah dan tak terucapa lafaz alhamdulillah sebagai tanda terima kasih padaNya.MasyaAllah...

Buat sahabat-sahabat yang ana kasih jagalah akhlak kepada Pencipta kita dan bersyukurlah dengan apa yang ada kerana yang sikit itu tak merugikan malah menguntungkan.

Salam subuh semua ^_~

Wednesday, November 16, 2011

.:Sahabatku:.

Assalamualaikum & selamat petang semua,


Semoga sahabat-sahabat ana semua sihat belaka dan sentiasa dibawah rahmatNya.Hari ini ana terpanggil untuk membuat sebuah post mengenai 'SAHABAT'.Memang benar sahabat itulah yang mengambarkan siapa kita kerana melalui sahabat kita boleh berubah menjadi lebih baik atau sebaliknya.Seperti ana, ana juga mempunyai sahabat dan alhamdulillah sahabat sahabiah ana semuanya baik belaka,sporting dan ikhlas dalam persahabatan.Ana terbuka dengan semua orang samada lelaki atau perempuan,kaya atau miskin,putih atau hitam itu semua ketentuan Allah.Asalkan orang sekeliling selesa dengan ana pun dah cukup.

Pernah tak korang semua dengar ada pepatah mengatakan 'kawan boleh jadi kekasih TETAPI kekasih tak boleh jadi kawan' ? ana rasa betul dan ana menyokong kenyataan tersebut sebab ada seorang sahabat ana jadi macam tu.Kadang-kadang ana kesian juga tengok dia sebab dia dah tak seceria dahulu.Tapi takpe lah asalkan dia sihat walafiat pun dah cukup.

Sahabat ni juga ada bermacam-macam kerenah.Ana ada kawan yang ramah,brutal,pemalu dan macam-macam lagi.Walaupun ana baru mengenali mereka selama satu tahun tapi waktu yang singkat itulah yang menceriakan hidup ana.Walau apapun , sahabat lama dan sahabat baru semuanya sama rata sahaja kasih yang ana beri.Kalau mereka ada masalah ana ada untuk membantu tanpa mengira.

Dalam persahabatan juga ada sahabat yang jatuh cinta pada sahabat yang lain tapi apa boleh buat sebab tak berani nak luahkan maka ia hanya jadi angan-angan.Ada juga sahabat sahabiah ana yang bercinta secara diam-diam tapi apa boleh buat dah jodoh so terima je lah seadanya.

Wahai Teman,
Tanpa engkau siapalah aku,
Tanpa engkau aku juga tiada teman untuk bercerita...

Wahai Teman,
Walau sesiapa pun engkau,
Engkau tetap sahabat yang terbaik dalam hidupku...

Wahai Teman,
Jangan kau putuskan ukhwah ini,
Kekalkanlah ia walaupun badai melanda...





Tuesday, November 15, 2011

.:Sedih:.

Assalamualaikum & selamat malam semua,

macam ni la keadaan Wani sekarang...huhuhu
p/s : tak sengaja lukakan hati dia.Setiap manusia sentiasa melakukan kesilapan tak kira silap besar atau silap kecil.

Tuesday, November 8, 2011

.:Putus Cinta Ada Hikmahnya:.

Assalamualaikum & selamat petang semua ^_~,



Huh, penat betul hari ni dari pukul 11.15 bertolak pergi rumah kawan nak bincang tentang menu untuk jamuan makan para sahabat perempuan yang akan berlansung pada 26/11/2011.Lepastu kaki pula melecat sebab starter kaki motor kawan tu licin.Adoi nasib badan, balik rumah solat zuhur terus landing atas katil.wiiiii bestnye.


Wani nak tanya, korang pernah putus tak? bagi yang pernah mesti geramkan? takpe-takpe ana faham perasaan mereka.Tapi dulu ana pernahlah tengok satu vid ni seorang lelaki sanggup terjun daripada bangun tinggi sampai mati sebab putus cinta.Allahuakbar, habis berkecai badan.Ngeri juga ana tengok sampai menggeletar tangan ni.Tapi apa motif diorang buat macam tu? takkanlah sebab putus cinta.Tak logik langsung and takkanlah kat akhirat nanti Allah tanya kenapa kita bunuh diri takkan nak jawab "kerana aku kecewa dengan kekasihku ya Allah".Ayoyo, fikir-fikirkanlah.

Disebalik perpisahan itu tidakkah kita tahu bahawa ada hikmah disebaliknya? contohnya :~

1) kita boleh dapat yang lebih baik daripada si dia yang meninggalkan kita.
2) dapat mendekatkan diri dengan Pencipta sebab bila kita sedih dalam doa kita ceritakan segala-galanya agar diberikan ketabahan hati.

betulkan? jadi kepada para sahabat sahabiah yang membaca artikel ini harap ambil iktibar.Bila kita bercinta dengan seseorang janganlah terlalu mengharap sangat agar sang kekasih itu akan mengahwini kita.Macam ana jugalah dulu asyik dok berangan nak kahwin dengan si dia last-last ana juga yang minta putus dan ana juga kecewa*sebenarnya malu nak cerita.Tapi ana dah insaf dah taknak bercinta lagi kalau bercinta pun dalam hati je hehehe.

Tapi itulah hakikatnya perpisahan itu yang mengajar kita menjadi lebih matang.Ia mengajar kita untuk terus maju ke hadapan dan jadi yang lebih baik dari sebelumnya.Jangan tumpahkan airmata mu kerana cinta kepada sang kekasih tetapi jatuhkanlah airmata mu kerana sering melupakanNya.

Monday, November 7, 2011

.:Di Awal Pagi:.

Assalamualaikum & selamat pagi semua,

Alhamdulillah dipagi yang nyaman ini Wani sekali lagi atas izinNya dapat bernafas dan menunaikan semua perintahNya.Pagi ni tak masak apa-apa pun sebab malam tadi makan KFC so ada lebih makan je la.Last-last nya amekaw perit memulas-mulas hahaha.

Hari ni ana rasa rajin pulak nak buka internet seawal 7pagi.Biasanya buka internet dalam pukul 10/11 baru terpacak depan skrin ni tapi sebab nak download lagu Asaku Asamu-Starfive dengan nak upload video yang tertangguh sekian lama itu yang buka internet pukul 7 pagi tu.sabo je la


Jom baca artikel kes murtad ni dan ambil iktibar