Semoga sahabat-sahabat ana semua sihat belaka dan sentiasa dibawah rahmatNya.Hari ini ana terpanggil untuk membuat sebuah post mengenai 'SAHABAT'.Memang benar sahabat itulah yang mengambarkan siapa kita kerana melalui sahabat kita boleh berubah menjadi lebih baik atau sebaliknya.Seperti ana, ana juga mempunyai sahabat dan alhamdulillah sahabat sahabiah ana semuanya baik belaka,sporting dan ikhlas dalam persahabatan.Ana terbuka dengan semua orang samada lelaki atau perempuan,kaya atau miskin,putih atau hitam itu semua ketentuan Allah.Asalkan orang sekeliling selesa dengan ana pun dah cukup.
Pernah tak korang semua dengar ada pepatah mengatakan 'kawan boleh jadi kekasih TETAPI kekasih tak boleh jadi kawan' ? ana rasa betul dan ana menyokong kenyataan tersebut sebab ada seorang sahabat ana jadi macam tu.Kadang-kadang ana kesian juga tengok dia sebab dia dah tak seceria dahulu.Tapi takpe lah asalkan dia sihat walafiat pun dah cukup.
Sahabat ni juga ada bermacam-macam kerenah.Ana ada kawan yang ramah,brutal,pemalu dan macam-macam lagi.Walaupun ana baru mengenali mereka selama satu tahun tapi waktu yang singkat itulah yang menceriakan hidup ana.Walau apapun , sahabat lama dan sahabat baru semuanya sama rata sahaja kasih yang ana beri.Kalau mereka ada masalah ana ada untuk membantu tanpa mengira.
Dalam persahabatan juga ada sahabat yang jatuh cinta pada sahabat yang lain tapi apa boleh buat sebab tak berani nak luahkan maka ia hanya jadi angan-angan.Ada juga sahabat sahabiah ana yang bercinta secara diam-diam tapi apa boleh buat dah jodoh so terima je lah seadanya.
Wahai Teman,
Tanpa engkau siapalah aku,
Tanpa engkau aku juga tiada teman untuk bercerita...
Wahai Teman,
Walau sesiapa pun engkau,
Engkau tetap sahabat yang terbaik dalam hidupku...
Wahai Teman,
Jangan kau putuskan ukhwah ini,
Kekalkanlah ia walaupun badai melanda...
No comments:
Post a Comment