TA'ARUF BERSAMA UMI

Sayang Anak-anak Ummi...

Friday, June 3, 2011

Bila Hatiku Berbicara


Apakah yang istimewa didalam diri ini ?
Apakah yang luar biasa didalam diri ini ?
Daripada sudut manakah kau nilai diri ini ?
Adakah sudut luaran atau dalaman ?
Atau kedua-duanya sekali ?

Teman, sedarilah bahawa aku tidak pernah mencintai dirimu melebihi Nya.
Aku mencintaimu hanya sekadar yang mampu kerana aku takut jikalau akau terlalu mencintaimu,
Cinta itu akan menjadi kebencianku tetapi itu tidaklah bermaksud yang aku tidak bisa mencintaimu,
Tetapi hanya mencintaimu sekadar yang mampu sahaja.

Tetapi, janganlah kau sedih tatkala membaca utusan ini kerana jikalau kita tidak bisa bertahan lama kita masih lagi bisa menjadi sahabat sejati, bukan ?
Walaupun engkau dan aku saling mencintai tetapi aku tidak mengakuinya ketahuilah bahawa aku akan pendamkan perasaan ini sehingga akhir hembusan nafasku.
Biarlah hanya Allah dan diri ini yang mengetahui betapa aku cinta padamu dan lafaz cintaku hanya akan terlafaz tatkala aku selesai diijab dan kabulkan dengan jodohku yang Allah berikan.

Walaupun kita sudah tidak lagi bersama,
Aku sentiasa memohon pada Allah agar ukhuwah yang terbina terus berkekalan hingga keakhirnya...
Semoga kita dirahmati Allah...

Bicara Permata Yang Dicari...

No comments:

Post a Comment