TA'ARUF BERSAMA UMI

Sayang Anak-anak Ummi...

Monday, October 31, 2011

.:Kisah Malaikat Jibrail & Malaikat Mikail Menangis:.


Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis laknatullah itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah s.w.t. telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah." Lalu Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis laknatullah memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam a.s. kerana bangga dan sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis laknatullah tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis laknatullah tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

Kemudian Allah s.w.t. merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah s.w.t. membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah s.w.t. mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah s.w.t. melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis laknatullah itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

Ketika Allah s.w.t. membalas tipu daya iblis laknatullah, maka menangislah Jibril a.s.dan Mikail. Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu." Firman Allah s.w.t. bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku." Setelah diusir, maka iblis laknatullah pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."

Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum." Berkata lagi iblis laknatullah, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah s.w.t. berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."



>TAZKIRAH BLOG

.:Ujian Hidup:.


Semua manusia akan menghadapai pelbagai ujian dan dugaan. Namun semua ini bukan penghalang untuk kita kelihatan senyum dan ceria. Sebaliknya,dengan senyuman dan kecerian kita akan mampu untuk menghadapi ujian hidup.Biasalah jika susah hati atau ditimpa masalah dan musibah ada yg menanggis.Dalam situasi anda tidak akan dapat berfikir dengan rasional dalam situasi yg tidak tenang.

Paling penting,anda perlu menyediakan diri anda untuk menghadapi dan menyelesaikannya, juga tidak akan selesai jika anda melarikan diri.Masalah akan selesai jika kita berusaha.Memang susah! memang payah! Ada tikanya perit dan mengecewakan malah melukakan.Tapi bila anda menerima setiap yg berlaku didalam hidup anda sebagai ujian,anda akan tetap boleh kekal senyum menerima dengan redha.

Inilah panduan:

1-Kenapa aku diuji?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "sedangkan mereka diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.
....Surah Al-Ankabut ayat 2-3

2-Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,"
.....Surah Al-Baqarah ayat 216

3-Kenapa ujian seberat ini?
" ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
.....Surah Al-Baqarah ayat 286

4-Kenapa rasa kecewa?
" Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjat-darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman,"
.....Surah Al-Imran ayat 139

5-Bagaimana harus aku menghadapinya?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan ),dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya ( mencapai kemenangan)."
.....Surah Al-Imran ayat 200

6-Apa yang aku dapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang-orang mukmin,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka......
....Surah At-Taubah ayat 111

7-Kepada siapa aku berharap?
"Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya.Hanya kepada-Nya aku bertawakal."
.....Surah At-Taubah ayat 129

8-Aku dah tak dapat bertahan lagi!!!
".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir."
.....Surah Yusuf ayat 12


>TAZKIRAH BLOG

Saturday, October 29, 2011

.:Ujian Hidup by Imam Muda 1 (IM Asyraf,Aran,Azhar,Abe Shara):.

Ketika Hidupku Tertekan
Mengaburi Pedoman
Kepada-Nya Akan Ku Pergi
Untuk Mencari Bimbingan

Ku Serah Takdir di Tangan-Nya
Mengukir Perjalanan
Walau Ujian Hidup Melanda
Ku tabah Menerima Kerana

Walaupun Tak DiKurnia Kemasyuran
Walaupun Tak DiLimpah Kemewahan
Hatiku Tetap Akan Memuji
Namu Mu Selalu Ya Rabbi

Walaupun Tak Diberi Kemakmuran
Akan ku Memanjangkan Kesabaran
Ku tetap syukur Pada Ilahi
Kerana Mengurniakan Nyawa Ini

Ku Serah Takdir di Tangan-Nya
Mengukir Perjalanan
Walau Ujian Hidup Melanda
Ku tabah Menerima Kerana

Dia Di Hati Selalu
Memberikanku Petunjuk
Apabila Pemandagan Samar

Biarpun Hidup Digoda
Ujian dan Pancaroba
Pasti Ada Hikmah Di Akhirnya

Walaupun Tak DiKurnia Kemasyuran
Walaupun Tak DiLimpah Kemewahan
Hatiku Tetap Akan Memuji
Namu Mu Selalu Ya Rabbi

Walaupun Tak Diberi Kemakmuran
Akan ku Memanjangkan Kesabaran
Ku tetap syukur Pada Ilahi
Kerana Mengurniakan Nyawa Ini